ZY East Coast Bantu Rakyat Pantai Timur Menjadi Owner Produk
Bila baca tajuk mesti ada yang tertanya-tanya, apa ke bendanya ZY ni? Sebelum Cik Nor bercerita dengan lebih lanjut berkaitan dengan ZY East ni, jom Cik Nor terang serba sedikit mengenai ZY Phyto iaitu pengurusan utama kepada semua anak syarikat ZY Phyto Holdings Sdn Bhd. ZY Phyto dimiliki oleh 100% syarikat bumiputera yang mengendalikan pembuatan kontrak untuk produk kecantikan dan produk kesihatan.
ZY Phyto menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan-usahawan yang berpotensi bagi mencapai impian mereka untuk memiliki jenama sendiri. Kumpulan Syarikat ZY Phyto terdiri daripada ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd, ZY Phyto Cosmotic Sdn. Bhd, Zy Phyto Herbal Science Sdn Bhd, ZY Academy Sdn Bhd, ZY Printpack Sdn Bhd, ZY Phyto Marketing Sdn Bhd, ZY Phyto East Coast Sdn Bhd, Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Emily's Cattery.
ZY Phyto ini telah beroperasi buat pertama kalinya pada tahun 2007 dan ia mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2011. ZY Phyto memulakan operasi pertama mereka pada 03 Mac 2011, di No. 10A, Jalan TIAJ 2/9, Taman Industri Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam. Di awal tahun 2007 mereka memulakan operasi dengan modal sebanyak RM3000. Operasi mereka sangat terhad kerana meraka hanya mengendalikan mesin buatan secara manual. Walaubagaimanapun selepas 10 tahun bertapak ZY Phyto telah memiliki aset berbayar melebihi 30 juta.
Oleh kerana Cik Nor dari Pantai Timur iaitu Kota Bharu, Kelantan maka Cik Nor akan terangkan dengan lebih terperinci ZY East Coast. ZY Phyto East Coast Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 30 September 2016 dan beralamat di Lot 1322, Seksyen 1, Jalan Masjid Lama Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Bahagian ni korang kena baca betul-betul tau. Zy East Coast ditubuhkan untuk membantu syarikat kecil atau usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan dengan modal serendah RM5000.00. Tambah-tambah orang pantai timur ni terkenal dengan aktiviti berniaga. Rugi lah korang tak rebut peluang yang ditawarkan oleh ZY East Coast ni. Manalah tahu suatu hari nanti korang akan ada perniagaan dengan jenama sendiri.
Selain dari bantuan modal, korang juga diberi penerangan mengenai kilang dan jugak produk. Berbaloi sangat pakej yang ditawarkan oleh ZY East Coast ni. Apa yang menarik korang boleh membuat tempahan/ minimun order serendah 250 unit jer. Mana nak cari kilang boleh bagi tawaran macam ni. Jangan korang tak tahu ZY East Cost ni mempunyai kepakaran dalam membuat produk tablet dengan 11 jenis pilihan bentuk termasuk bintang, bunga, bulat dan banyak lagi.
Untuk menyakinkan korang lagi, produk utama yang boleh dilakukan di kilang ZY East Coast ni ilaha produk berbentuk jus, liquid dan jelly liquid dengan pembungkusan menggunakan botol, liquid sachet atau powder sachet. Terjamin kualiti produk korang tu nanti. Cik Nor yang tulis ni, terasa macam nak ada produk sendiri jugak la..hehe.
Korang dah bacakan serba sedikit penerangan dari Cik Nor? Tunggu apa lagi bertindaklah segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rezeki tak datang bergolek kalau tiada usaha dari kita sendiri.
Untuk maklumat lanjut hubungi :
No tel: 019-4741898 (Rozaidi Abdullah)
Email: zyeastcoast@gmail.com
Takde modal la nak buat produk sendiri CikNor..hurm..
ReplyDeleteApa lagi orang pantai timur? Terus walk in je zy phyto hihi
ReplyDeleteterbaiklah pencapaian Zy Phyto
ReplyDeletePeluang baik ni tapiii modalnya pula tak berapa nak ada
ReplyDeleteterbaikla zy phyto..bantu orang malaysia nak menjadi usahawan
ReplyDeletemiliki produk sendiri mmg 'wow' tp pd ms sama nk promosikannya kena kencang jg... jgn nnt at the end kita blk yg kena telan semula produk2 tu sbb x laku
ReplyDeleteMaksudnya mana mana produk kesihatan yg dah terkenal tu dibuat oleh syarikat ni ke cik Nor...
ReplyDeleteMurni tak pandai bab2 ni..dan tak minat juga..tau makan gaji..
ReplyDelete