Breaking News

Resepi Kuih Kuba Guling Viral

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Tak kiralah korang nak kata apa pun, Cik Nor tetap nak kongsi Resepi Kuba Guling Viral ni jugak walaupun bulan puasa dah berlalu. Sebenarnya kuih-kuih ni bukan khas untuk dimakan bulan bulan puasa jer. Bulan-bulan biasa boleh jer makan, buat minum petang ke. hehe Antara rajin dengan malas jer nak buat kuih ni. Betul tak korang?

Jom Cik Nor kongsi resepi kuih kuba guling.

Resepi Kuih Kuba Guling Viral

Bahan-bahan

1. 250gm tepun beras
2. 200gm gula
3. 150gm tepung jagung
4. 1/2 sudu makan kapur
5. 3 sudu tepung beras pulut
6. 1/2 cawan santan pekat 
7.  Air dari tempurung kelapa yang dibakar / kalau malas nak bakar tempurung kelapa boleh jer guna pewarna yang dijual dikedai bahan-bahan membuat kek. Lagi senang. hehe
7. 1 liter atau lebih air ( ikut pekat yang kita kehendaki)
8. Secubit garam
9. Kelapa muda yang diparut dan digaul dengan garam

Cara membuatnya :

1. Masukkan kesemua bahan kat atas tadi kedalam kuali. Kacau sehingga sebati dan bila dah sebati baru lah buka api. Kacau baha-bahan tadi secara perlahan-lahan dengan api sederhana sehingga menjadi likat.

2.  Sediakan loyang, tak kira lah 4 segi ke bulat ke dan sapukan sedikit minyak.  Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang. Biarkan ia sejuk dan potonglah mengikut citarasa yang korang inginkan. Jangan lupa gulingkan ia @ gaul dengan kelapa muda parut. 

3. Sedia untuk dihidang untuk minum petang..hehe

7 comments:

  1. Sha dah rasa kuih ni.. .boleh la.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. pandainya ciknor.Ina memang fail kalo bab kuih kukus

    ReplyDelete
  3. Mcm kuih kasuwi ek cik Nor.... Sedap sangat ke Cik Nor

    ReplyDelete
  4. viral thn ni kuih ni.
    ada member aida buat jugak ni.
    tapi x dpt la merasa.
    dia jauh kat jb.

    ReplyDelete