Resepi Bubur Kacang HIjau Dengan Durian
Assalamualaikum..
Selagi musim durian tak habis, selagi tu la Cik Nor nak kongsi resepi berkaitan durian. Haha. Kalau sebelum ni Serawa Durian dan Cucur Durian kali ni Cik Nor nak kongsi bubur kacang hijau dengan durian.
Resepi Bubur Kacang Hijau Dengan Durian
Bahan-bahannya:
1. 1/2kg kacang hijau (sebab nak makan ramai)
2. 3- 4 keping gula melaka (ikut tahap kemanisan yang korang nak)
3. 2 cawan gula pasir (ikut tahap kemanisan yang korang nak)
4. Daun pandan
5. Air untuk merebus kacang hijau
6. Santan
7. 6-7 ulas durian (lagi banyak lagi sedap)
8. Garam
Cara-caranya :
1. Rendam kacang hijau lebih kurang 1 jam sebelum direbus. Ini untuk melembutkan dan mempercepatkan proses kacang hijau menjadi empuk.
2. Semasa merebus jangan lupa masukkan daun pandan. Setelah kacang hijau empuk dan air merebus hampir kering bolehlah dimasukkan gula melaka, gula pasir dan juga santan.
3. Setelah gula pasir, gula melaka dan garam bersatu, masukkan durian dan kacau sehingga sekata.
4. Akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga mendidih, kemudian bolehlah ditutup api.
Sesuai dimakan begitu saja atau dimakan dengan roti. Selamat mencuba resepi sempoi dari Cik Nor.
Alahai sedap sungguh bubur kacang hijau tu Cik Nor. LZ suka makan sejuk keluar dari peti ais atau buat aiskrim Malaysia.. yummy!
ReplyDeletealahaiii sedapnya ciknor !! teringin la pula
ReplyDeleteSedapnyaa bubur kacang hijau.
ReplyDeleteYA ALLAH SEDAPPPNYA....BUBUR KACANG HIJAU LAMA DAH TAK MAKAN..TAK PERNAH MAKAN DENGAN DURIAN
ReplyDeletetahu bubur ni sedap tp abe kie x makan durian la. huhuhuhu...cuma mampu melihat aje..
ReplyDeleteNi makanan mak zaman kecik ni cik Nor..... Asal bubur je mesti bubur kacang. Naik jemulah jugak wei....
ReplyDeleteAnak anak tak sukalah Cik nor bubur ni tu yg malas nak buat tu
sedapnya lah bubur kacang durian ni, fav!
ReplyDeleteSedapnya lama tak makan..tapi takde kacang hijau pulak nak buat..
ReplyDeletedah lama x makan bubur kacang durian...sedapnyaa
ReplyDeleteFiza tak makan bubur kacang hijau.. hihi..
ReplyDeletealahai, dapnya cik nor..kalau dapat ni mmg layan..mak mertua lalu pun tak pasan..haha
ReplyDeleteyang ni lagilaaaa CikNor i kenooot hehe..
ReplyDeleteBalik kerja nanti nak buat.. barang2 semua dah ada..
ReplyDeletems sy kecik2 sy penah dgr org tua ckp kalau mkn bubur ni banyak2 nnt kentut bunyi mcm meriam hahahahahahahahahah
ReplyDeleteNanti mok suruh buat tengok resepi kat blog cik nor la tq sharing ni
ReplyDelete