Ragam Ke Rumah Terbuka
Sekadar gambar hiasan ehsan google
Selagi tak habis bulan ramadan selagi tu lah tak habis cerita-cerita yang tak enak didengar di majlis rumah terbuka. Bila sebut rumah terbuka ni mesti satu keluarga pergi kan? Dari yang tua sampai lah yang paling muda. Semuanya mempunyai perangai tersendiri. Kalau tak dikawal dengan betul boleh jadi tak keruan jadinya.
Kalau baca kat laman sosial sekarang ramai yang tak berpuashati dengan perangai anak-anak yang buat hal kat majlis rumah terbuka. Mak dan ayahnya buat tak nampak jer tengok perangai anak mereka yang tak beradab itu. Ada 2 3 isu yang Cik Nor baca kat facebook. Antaranya TV baru beli pecah la, ikan pelihara dalam kolam mati sebab terlebih makanan. Aduhai, korang ni pergi beraya ke pergi nak jahanam kan harta benda orang.
Cik Nor pernah jugalah buat rumah terbuka ni. Setakat ni alhamdulillah tak ada yang pelik lagi berlaku. Kalau ada gelas pecah tu biasalah tak kisah sangat. Orang kata tu jadikan pengalaman, bila ada budak-budak kena guna cawan kertas atau pun plastik. Pinggan pun macam tu jugak, walaupun pinggan hadiah sabun tetap jugak sayang kalau pecah..hihi.
Pemilihan tempat makan pun penting jugak. Cik Nor memang buat dilaman rumah jer. Tidak dibenar masuk kedalam rumah langsung. Kalau masuk pun dengan Cik Nor atau kaum keluarga Cik Nor. Biasalah kena pantau takut-takut ada yang terambil sesuatu yang kita sayang. Tak giteww korang? Kalau kat rumah terbuka Cik Nor, Cik Nor lah orang yang akan kawal budak-budak. Buat hal dengan kat situ, memang kena lah yer. Tak kira mak dia ada ke tak yang penting perangai dan adab dirumah orang kena jaga, kalau tak nak mendapat apa yang tak patut dapat dari Cik Nor. haha.
Malas nak ceriat panjang-panjang pasal ni. Walaupun ke mana kita, kenduri ke, majlis rumah terbuka ke jika bawa anak yang masih lasak jangan dibiarkan sendirian. Kalau sendirian ada jer kerja yang kita tidak disangka-sangkakan mereka buat. Pastikan mereka berada disisi kita sentiasa. Set dalam minda kita, ini rumah orang bukan rumah sendiri. Jaga adab dan perangai supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku pada kita dan anak kita. Renung-renungkan lah, selamat beramal..hehe
sha selalu jumpa mak ayah yang jenis biar je anak dia main apa pun padahal dia nampak tapi tak tgur, geram je :3
ReplyDeleterumah terbuka di bulan syawal.. hehe.. setuju tu.. kene kawal anak2 di rumah orang..
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
kalau anak yg lasak mmg susah nak dikawal tp masih boleh diperhatikan.. jgn sampai tuan rumah meluat dgn kita jer..
ReplyDeletebudak-budak kadang2 sukar nak kawal, tp parent pun mmng kena peka dgn keadaan sekeliling kan..
ReplyDeleteSatu rumah terbuka pun ai belum sempat pergi.
ReplyDeletemak ayah kena peka... kalau lps tangan, x pantau... tu yg tuan rumah boleh naik hantu dgn bdk2
ReplyDeleteBetul tu Cik Nor, kisah tetamu datang kekadang buat tuan rumah stress jer
ReplyDelete