Breaking News

Drama 7 hari Mencintaiku 2 2020 - Episod 23


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 23

Pak Samad tiba-tiba mengamuk apabila Mak Leha ingin menjadikan Nurul Ain sebagai isteri Khuzairi. Jika Khuzairi bersetuju, dia akan meminang Nurul Air sekarang juga. Khuzairi mengaku yang dia gembira bersama isteri dan anaknya malah dia tidak pernah rasa dipergunakan oleh Mia Adriana setiap kali disuruh apa sahaja jika hendak dibandingkan pengorbanan Mia Adriana melahirkan anaknya. Mak Leha tidak berpuas hati jawapan Khuzairi. Dia tetap marahkan Mia Adriana sehinggakan dia tidak membenarkan Puan Hayati menjejakkan kaki ke rumahnya lagi selepas dia mengetahui Puan Hayati ingin datang berjumpa dengan Mia Adriana. Dalam masa yang sama, Sofi bernikah semula dengann Helmi berwalikan papanya. Atas permintaan Helmi, Pak Samad merahsiakan daripada isteri dan anak-anaknya yang lain dengan alasan Helmi ingin membuat kejutan kepada mereka.

Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah

1 comment:

  1. baru layan balik citer ni, cik nor..sbb dkt nak abis. masa awal2 haritu, sthgess pulak nengoknya..so bior la dulu. dh okey semua & dh nak abis ni baru layan semula. hehe..

    ReplyDelete