Breaking News

Resepi Agar-Agar Gula Merah

Gambar dari pakcik Google

Assalamualaikum..

Petang semalam pergi la ke rumah kakak, kat belakang rumah jer. hihi. Kalau tak silap hantar pergi ambik perencah sup bunjut sebab tengahari tu ingat nak masak sup ayam jer. Tengah kakak belek-belek laci dia Cik Nor ternampak ada agar-agar serbuk. Alang-alang dah mintak serbuk agak-agak tu mintak susu cair sekali sebab malas nak guna santan. Maka petang tu terjadilah Agar-Agar Gula Merah.

Jom Cik Nor kongsikan Resepi Agar-Agar Gula Merah ni.

Resepi Agar-Agar Gula Merah

Bahan-bahannya :

1. Serbuk agar-agar/ agar-agar tali ( Cik Nor guna yang serbuk)
2. Gula Merah (Cik Nor letak 5 sudu)
3. 1 tin susu cair
4. 6 gelas air
5. Sedikit garam
6. Daun pandan
7. 2 cawan gula pasir (ikut kemanisan yang korang mahu)

Cuba juga : Resepi Puding Oreo

Cara membuatnya :

1. Panas air dan bancuh serbuk agar-agar sebelum dituang ke dalam air yang telah dipanaskan supaya tidak berketul. 
2. Bila agar-agar dah betul-betul larut masukkan gula merah, daun pandan, susu cair, garam dan gula pasir.
3. Kacau sehingga mendidih dan tutup api.
4. Bolehlah disejukan dalam acuan kesukaan korang. Untuk lebih sedap bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba.

5 comments:

  1. sedap ni...berapa hari lepas housemate ada buat agar2 pandan santan tu...ada lagi dalam peti, makan sikit2 sebab sayang..haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya tngok gmbar pun.. busyra tak pernah makan. hehe. nnti boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. wow! sedap ni. makan sejuk.
    sampai hati cik nor paparkan gambar ni. teringin!!!!

    ReplyDelete