Breaking News

Resepi Roti Mudah


Assalamualaikum..

Kalau bosan Cik No suka scroll facebook mencari apa-apa yang menarik. Masa tengah scroll tu ternampak la satu post siapa entah, dia kongsikan resepi mudah buat roti. Ye lah, musim PKP ni roti kat kedai tu cepat jer habis.  Maka Cik Nor pun terbuatlah roti mengikut resepi tersebut. Nak kat perfect sangat kejadian dia tak la jugak tapi boleh la layan dengan air kopi atau air teh.heehe.

Jom kita tengok apa bahan-bahan dia

Resepi Roti Mudah

Bahan-bahanya :

1. 3 cawn tepung gandum (kalau ada tepung buat roti lagi bagus)
2. 1 1/2 sudu kecil yis
3. 1 cawan susu cair
4. 3 sudu makan gula
5. 1 sudu makan marjerin

Cuba juga : Resepi Koktail Buah-Buahan Viral

Cara membuatnya :

1. Gaul ke semua bahan 1-4 sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin.

2. Uli secara kasar lebih kurang 10-15 minit. Biarkan kan seketika.

3. Uli sekali lagi sehingga adunan nampak licin lebih kurang 15-20 minit.

4. Biarkan adunan naik 2x ganda.

5. Bila adunan sudah naik 2x ganda tumbuk manja adunan tersebut untuk membuang angin.

6. Bolehlah dibentuk adunan dan tambah inti jika mahu.

7. Biarkan ia naik sekali lagi baru lah boleh dibakar.

8. Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dalam suhu 180-200.

9. Dah masak dan boleh dihidangkan bersama teh o panas atau kopi panas.

Selamat mencuba.

6 comments:

  1. Wah memang mudah la. Bahan-bahan yang digunakan pun senang nak cari ada kat rumah. Yis je la kena pi kedai jap :)

    ReplyDelete
  2. Nak buat tapi Tak jumpa his huhu

    ReplyDelete
  3. sedappnyaa teringat pula rabia join kursus bakeri belajar buat roti

    ReplyDelete
  4. Wow, hebatlah ciknor pandai buat roti! Benda yang belum pernah sekali pun saya cuba masak lagi adalah roti..huhu

    ReplyDelete
  5. Rajin Kak Nor meroti. Nak meroti ni malas nak menguli. Kalau ada bread maker memang bestlah boleh meroti hari hari

    ReplyDelete
  6. lama aida tak meroti.
    baca content ciknor ni, terasa esok lusa nanti nak meroti la.
    memang ada je 1kg tepung roti tu.
    malas tu asyik jengah je kan ha ha ah ha... rajin jarang sampai.

    ReplyDelete