Breaking News

Sample Susu Ensure Gold



Assalamualaikum..

Dah lamakan Cik Nor tak cerita pasal Cik Nor dapat sample kan? Korang jangan bimbang, ada jer sample yang Cik Nor dapat tapi baru sempat nak updates. Produk pun selamat hadam kat dalam perut baru nak updates kat sini.haha. Biasalah Cik Nor sibuk mengalahkan YB. Harap korang bersabar dan bertenang bila baca entry ni. Sejak wabak Covid19 menyerang seluruh dunia ni, line internet Cik Nor macam terkesan sekali.Siput sedut yang amat..huhu

Sebenarnya Cik Nor apply sample ni masa nampak iklan dia melayang-layang kat facebook. Maka Cik Nor cuba la nasib. Cuba nasib tu, padahal memang suka kumpul sample.haha. Dah lama juga Cik Nor apply. Minggu lepas ke 2 minggu lepas Cik Nor terima. Ingat dah tak dapat sample ni sebab dah lama sangat apply nya. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk Cik Nor.


Dah satu jer sample ni, nak buat macam mana produk mahal kot. Mana boleh nak bagi banyak-banyak. Cik Nor tak minum susu ni, Cik Nor bagi kat mak sebab dia suka minum susu. Dua kali jugak dia boleh minum sebab paket besar jugak la. Nak beli susu ni memang tak mampu la. Harga dia..hurmm..boleh tahan jugak la. Harga orang have-have. hehe. Mak Cik Nor minum yang jenama lain.Ala..susu yang biasa-biasa jer.

Pening pulak Cik Nor tengok new post ni berwajah baru. Mana nak besarkan gambar, nak alliment tulis pun tak tahu kat mana. Somebody help. Kalau bilau dah ni entry ni. Saya ni new pun yang lama. huwaa.

4 comments:

  1. sampel....igtkan td ada size kecik...boleh tahan harga dia rietta tgk...

    ReplyDelete
  2. Harga dia boleh lawan itik ke tuuuu ke ikan bawal??? kiki

    tapi ok la sedap dan berkhasiat, rasanya berbaloi dengan harga (Harapnya macam tu lah ye)

    ReplyDelete
  3. sample bagi sepeket je..haha..nak lebih, sila beli..hehe...

    ReplyDelete
  4. sedap yea..tapi saya tak suka susu..huhu

    ReplyDelete