7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah
Assalamualaikum..
Anda telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19
dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara anda
yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih
sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat
pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak
mahal.
Apa yang boleh anda lakukan?
Mari sama-sama mencuba resipi
mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan
penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk
melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah
apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar
Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.
Baca juga : Makanan Super Sangat Mampu Milik Yang Ada Di Dapur Anda
Baca juga : Makanan Super Sangat Mampu Milik Yang Ada Di Dapur Anda
1.
Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur
Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan
beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan
kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein
yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™
yang manis dan telur sangat enak.
Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.
https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html
2.
Pizza Tuna
Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda
berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna
yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda
dan tambah sedikit jagung manis Ayam
Brand™ atau bahan lain. Bakar
dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html
3.
Nasi Lemak Pandan
Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk
menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk
nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html
4.
Pasta Sardin
Seminggu
anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan
malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam
Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html
5. Kari
Mackerel
Tidak pernah masak kari tapi anda
teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah
hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin.
Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.
6.
Kentang Tuna Pedas
Anda hanya perlukan kentang,
satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng
semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan
dengan bahan yang anda ada. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html
7. Sardin Gulung
Goreng
Raikan kejayaan anda dapat
membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam
Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam
telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah
hari atau pilihan makan malam yang ringan.
Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html untuk dapatkan
lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal
di rumah dan kekal sihat.
Waalaikumussalam. Macam2 resepi boleh buat 😍
ReplyDeleteSemua sedap-sedapkan Cik Nor, memang kena cuba satu-satu ni...
ReplyDeleteaduuu smua sedap ni cik nor ,,,
ReplyDeletecayalah cik nor !! atie tak tau nak masak ape harini, rujuk sini je lah ye.. hee~
ReplyDeletepasta sardin tu menarik...boleh la cuba nnti...thanks for the share cik nor....
ReplyDeleteboleh guna pakai idea ni untuk sediakan sahur juga..
ReplyDeletesahur kena menu simple2 je ni =D
Ada makanan dalam tin ayam brand ni macam macam menu boleh buat dan cepat kerja memasak.
ReplyDeleteSardin gulung roti tu mmg faveret... cuma malas je nak but hihi...
ReplyDeleteSardin pun tak pernah masak kari. Sedap ke eh?
Sardin roll tue antra favourite kite.. Senang ada ayam brand nie.. Masakan jadi mudah..
ReplyDeleteBanyakkkk menuuuu...fuhhh fuhhhhhh
ReplyDeletefuhh semua menu memang nampak menyelerakan
ReplyDeletekacang panggang pastu ada telur kat tgh tu, ya Allah, menjemput selera!
ReplyDeletesardin roll. pizza.
semua kegemaran anak-anak aida!