Nak Shopping Tapi Tak Boleh Keluar Rumah? PG Mall Kan Ada.
Assalamualaikum..
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ramai yang bosan sebab tak boleh
keluar ke shopping complex untuk shopping ataupun window shopping bersama
teman-teman rapat dihujung minggu atau selepas menerima gaji. Korang jangan
bimbang sebab kat rumah pun korang dapat shopping atau window shopping. Tak
percaya? PG Mall kan ada.
Apa itu PG Mall? Bagi yang suka shopping online mesti dah tahu apa
PG Mall tu. Tapi Cik Nor terangkan juga apa itu PG Mall. PG Mall ialah satu-satunya platform
membeli-belah dalam talian di Malaysia PG Mall ditubuhkan untuk membentangkan
platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk
mempromosikan perniagaan mereka di peringkat global.
Di PG Mall korang mempunyai pelbagai pilihan produk yang sama seperti di
shopping complex. Antara produk yang ditawarkan ialah barangan elektrik,
fesyen, buku, perhiasan rumah, makanan, minuman, dan pelbagai lagi. Pendek kata
rambang mata korang sebab banyak pilihan menarik disediakan.
Dengan hanya duduk dirumah korang dapat membeli-beli dalam talian tanpa
perlu mengira kos petrol dan membuang masa berjam-jam di shopping complex.
Hanya perlu ada telefon pintar atau laptop korang dapat menjelajah seluruh PG
Mall dengan jayanya. Korang jangan ingat hanya di shopping Complex jer ada
banyak promosi, di PG Mall pun ada jugak tau promosi hebat menanti korang.
Wow..wow..ada jualan panas menanti korang semua. Memang rugi kalau korang
lepaskan jualan panas ni kerana korang
akan dapat diskaun sehingga 80%.
Terdapat 3 slot jualan panas ini iaitu pukul 10 pagi, 4 petang dan 9
malam. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan persiapan raya mesti
dibuat terlebih awal supaya tidak kelam kabut disaat akhir. Apa yang menarik sempena
kempen MyRamadhan?
Untuk pembeli lama atau sedia ada, diskaun RM5.00 akan di berikan daripada
jumlah bil (min bil ialah RM30.00). Had penebusan dan pelanggan tiada batasan untuk menebus
voucher tersebut. Opps..ada lagi tau. Diskaun RM25.00 akan di berikan daripada
jumlah bil (min bil RM150.00). Had penebusan untuk voucher ialah 200 pelanggan
dimana seorang pelanggan dapat menebus 1x . Semua Kempen tertakluk kepada terma dan syarat.
Kempen MyRamadhan ini
berlangsung pada 17/4/2020 sehingga
3/5/2020. Cik Nor mulakan dengan pembeli baru di PG Mall, diskaun RM15.00 akan
di berikan untuk bil yang berjumlah (min perbelanjaan RM50.00). penebusan kepada 1000 dimana setiap pelanggan dapat menebus sebanyak 2x voucher
tersebut.
Bagi pengguna Maybank QRPay korang boleh nikmati sehingga 10% cashback
(dihadkan kepada RM10.00) dengan perbelanjaan minimun sebanyak RM30.00 melalui
Maybank QRPay atau MAE. Ini untuk penggunaan 2x sebulan. Promosi ini sah
sehingga 20 April 2020.
Berita gembira untuk pengguna Boost Rakyat ada Kempen untuk Boost Rakyat.
Korang boleh nikmati rebat tunai sebanyak 15% dengan tiada minimunm
perbelanjaan, terhad pada RM10.00 apabila korang membuat pembelian atau
membanyar dengan Boost. Promosi ini sah sehingga 19 April 2020.
Korang juga dapat menikmati AirAsia Big Loyalty Point. Dengan membuat
pembelian di PG Mall korang akan mendapat 50% bonus Big Loyalty tambahan dari
AirAsia Big sekarang. Pemegang AirAsia Big Loyalty Point juga dapat membeli
belah di PG Mall.
Kempen Love You 3000 (cabutan bertuah sebanyak 2 kali seminggu). Kempen ini adalah untuk menghargai
para pelanggan setia PG Mall yang membuat pembelian RM30.00 ke atas berpeluang
untuk melayakkan diri untuk menyertai cabutan bertuah PG Mall c-wallet yang
bernilai RM3000.00
Bagi pelanggan setia PG Mall program Forever CashBack up to 3.5% menanti korang. Dalam program ini PG Mall akan memberikan ganjaran kepada pelanggannya dari rujukan para pelanggan lain yang membeli-belah di PG Mall. Program ini cukup mudah dimana pelanggan lain merujuk kepada kita untuk membeli belah sama seperti konsep Shop-Share-Earn yang unik dan memberikan yang berpanjangan sehingga 3.5%.
Banyak betul kempen yang ditawarkan kepada pelanggan setia PG Mall. Ishh..tak sabarnya nak shopping Sakan kat PG Mall. Korang tunggu apa lagi, jom la sertai Cik Nor shopping sakan di PG Mall. PG Mall pusat membeli- belah online anda.
Kan Cik Nor, jangan susah-susah, PGMall.my kan ada..sampai dah terjebak gak Sis ko meyopingnya oii hahahaha...
ReplyDeleteabe kie pun beli on9 je la. malas nak kuar sokmo time PKP nih.
ReplyDeletejom join segmen di blog abe kie? TQ.
kita duk kat umah ni, mmg keja shopping je..hehe..laki bini sama je hobi sejak PKP ni..hehe..
ReplyDeleteduduk umah ni beli on9 je keje kita hehehe
ReplyDeleteMemang online shopping je sekarang.
ReplyDeleteboleh try shopping kt sini ^_^
ReplyDeletewahhh senang nak shopping untuk persiapan raya sekali!
ReplyDeletebaca entry few others yang share PG Mall ni baru tau wujudnya PG Mall..
ReplyDeletesenang da skrng macam2 kemudahan ada.. ujung jari jew..