Breaking News

Ada Voucher Tapi...


Assalamualaikum 

Tak sangka pulak kes wabak covid19 ni berlarutan. Cik Nor pulak kemain kumpul voucher yang Cik Nor jawab survey ni banyak-banyak. Biasalah ahli keluarga ramai kena banyak voucher baru boleh belanja semua orang. Baru adil dan saksama. 

Sebenarnya dari tahun lepas lagi dok kumpul voucher ni tapi sebab nak cukupkan RM100 baru puashati nak memborong kat McD. Satu lagi Cik Nor dah janji dengan anak buah nak belanja dia makan McD sempena dia dapat keputusan yang baik dalam SPM. 

Baca sini Cik Nor jawap survey apa : Jawab Survey Jer Kita

Memang tidak sangka wabak ni semakin meningkat dari sehari ke sehari. Rasa setiap hari iklan kat tv bagitahu duduk kat rumah tapi kenapa korang keluar jugak kalau tak ada hal penting. Yang kena kerja tu memang tak boleh nak elak. Diorang yang kena kerja pun nak duduk kat rumah jer takut jangkitan wabak ni. Sesetengah tu ada yang suka keluar rumah tanpa alasan yang munasabah. 

Kerana sifat pentingkan diri sendiri korang itulah kita semua tak dapat solat terawih dimasjid dan sambut hari raya bersama keluarga dikampung. Harapan Cik Nor moga kita semua jaga kesihatan kita dan keluarga kita serta jangan keluar rumah sesuka hati tanpa alasan yang munasabah. Sama-sama kita putuskan rantaian covid19. 

Moga Allah lindungi seluruh umat Islam dimuka bumi ini dari wabak covid19. Aamiin

6 comments:

  1. Sama la bulan lepas dapat voucher wayang free expired hujung April, plan nak pergi dlm bulan ni lah tengok2 tak kesampaian la plan tu dan burn la voucher hm. Moga cepat2 la berakhir wabak ni.

    ReplyDelete
  2. Ada expired date ke? kalau expired memang kena guna la juga drive tru boleh? walk in pon boleh tapi lama la

    ReplyDelete
  3. Dah dekat tarikh luput ke ciknor.. sempat kot guna tu nanti

    ReplyDelete
  4. tahniah cik nor anda pemenang header blog rabia pada bulan april 2020

    ReplyDelete
  5. Banyakknya baucer.. kalau boleh tukar duit pun best tu..

    ReplyDelete