VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR
Assalamualaikum..
Vit Makanan merupakan pengeluar dan
pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini
telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah
Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh
negara.
Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd
Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan
pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat
sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah
menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.
Antaranya dengan memberi agihan
makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan
juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.
Selain dari itu juga Vit Makanan telah
menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia.
Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima
bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor
kesihatan, uzur dan sebagainya.
Selain dari memfokuskan kepada warga
emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan
juga telah menyumbang sejumlah pakaian
PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan
oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada
bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini
merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan
sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang
dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai
“isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai.
Vits juga menjemput orang ramai untuk
sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu
terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa
Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan
terus kepada pembelian “Isolation gown”
dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits
berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras
virus berbahaya ini.
TENTANG
VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO
Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli
Mi
Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali.
Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium
dan campuran ramuan dan rempah asli.
Selain campuran ini, kami menyediakan
campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura
masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli
Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk
program ini, klik link di bawah.
https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Bolognese-Pack-(4packs)-i.158877390.3229754836
https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Aglio-Olio-Pack-(4-packs)-i.158877390.7629591628
Alhamdulilah, moga dengan usaha yang di berikan dapat meringankan buat mereka yang memerlukan..tahniah buat Vits..
ReplyDeleteBagus macam ni sambil membeli boleh sumbangkan bantuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah....usaha yang murni...
ReplyDeleteTetiba teringin nak makan mee segera vits ni
ReplyDelete