Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3)- Minggu 10

Assalamualaikum..

Minggu ni lewat sikit updates pasal rancangan kegemaran Cik Nor iaitu I Can See Your Voice Malaysia. Ingat nak updates malam tadi tapi dapat kerana ada tempahan kuih.  Pagi ni pun tak sempat juga nak updates sebab bawak jiran pergi bank. Balik dari bank terus mandi dan mendobi sebab pakaian dah habis.haha

Malam ni baru ada kesempatan nak updates. Artis jemputan minggu ni ialah Sufian Suhaimi. Manakala juri jemputan pula ialah Datuk Firzz Fairuz dan Jasmin Suraya. Minggu nak kata kelakar sangat pun tak adalah tapi oklah tak adalah boring sangat. Baby memang terror meneka la, dia salah teka yang first jer. Yang lain-lain dia keluarkan memang penyamar. Dua yang last tu pun dua-dua boleh nyanyi tapi dia terpaksa singkirkan seorang untuk berduet dengan dia. Yang dia reject tu pun boleh nyanyi dengan baik jugak.

Ni Cik Nor kongsikan link Youtube untuk minggu ini. Mana tahu kot korang malas nak search. Hehe

Korang boleh tonton I Can See Your Voice Malaysia ( musim 3 ) - Minggu 9

6 comments:

  1. tak pernah tgk ICSYV malaysia haha. i cannot

    ReplyDelete
  2. Saya suka tengok gelagat2 juri2 kelako je semua 😂

    ReplyDelete
  3. best suka tapi next time jangan panggil yang terlibat couple2 ni eh..
    terganggu rasa hahaha..

    ReplyDelete
  4. minggu ni cam kecoh sikit lah..hebat pilih penyanyi sebenar

    ReplyDelete
  5. hehe kecoh sekali kan.. haha.. tgk kat youtube sokmo sebab selalu lupa hari kejadian.. hiks..

    ReplyDelete
  6. Kalau lawak lawak bestkan cik Nor... tp hakak tak dpt tgk episod yg ni

    ReplyDelete