Breaking News

Resepi Puding Oreo


Assalamualaikum..

Cik Nor ketandusan idea sebenarnya bulan-bulan puasa ni. Hanya resepi jer yang bermain di fikiran Cik Nor sekarang. Haha. Harap korang bertabah bila singgah di blog Cik Nor. Asyik resepi jer kan. Tapi resepi yang Cik Nor kongsi ni simple jer mesti korang pun teruja nak cuba.heehe

Jom kita tengok apa bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Resepi Puding Oreo.

Bahan-bahannya :

1. 1 paket serbuk agar-agar (Cik Nor lebih suka guna yang serbuk, korang nak guna yang jenis tali tu pun boleh. Ikut citarasa korang jer)
2. 1 tin susu pekat
3. 1 tin susu cair
4. 1 cawan serbuk milo
5. 2 paket oreo (suka hati jer nak guna jenama lain pun janji rupa dia sama macam oreo)
6. 7 gelas air
7. 1 cawan gula
8. secubit garam

Cara-caranya :

1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar. Kacau sehingga ia betul-betul larut.
2. Kemudian masukkan susu pekat, gula dan garam. Biarkan ia mendidih seketika.
3. Akhir sekali baru dimasukkan susu cair dan biarkan ia mendidih sekejap. Kemudian bahagi 2 adunan ini. 1 dibiarkan plain berwarna putih dan 1 lagi dicampur dengan serbuk milo.
4. Lapisan bawah sekali di letakkan adunan berwarna coklat, kemuadian bila dah sejuk boleh letakkan yang plain tadi. 
5. Lapisan ini ikut citarasa korang nak buat berapa. Cik Nor buat 2 jer sebab malas nak menunggu dia sejuk dan keras. hehe
6. Akhir sekali boleh pecahkan oreo dan taburkan ke atas puding yang telah siap di deko oleh korang tadi. Lagi banyak oreo lagi sedap puding ini. hehe

Mudahkan? Petang jangan lupa buat tau. Selamat mencuba.

10 comments:

  1. aihhh sedap... anak anak suka oreo... mak anak pun suka gak ni.... hehe

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnya cik nor. ni feveret anak2 Qekra ni.

    ReplyDelete
  3. konon nk buat sabtu lps sudahnya xbuat jg sbb xpose hahaha

    ReplyDelete
  4. wahhh sedap ni!!! baru perasan cik nor pun buat puding jugak ye...hahahah

    ReplyDelete
  5. pepagi lagi singgah belog cik nor nampak resepi yg best ni hehehe

    ReplyDelete
  6. senang recipe ni..boleh try buatlah

    ReplyDelete
  7. aduh...terliur lah pulop!haha

    ReplyDelete