Breaking News

Tenang Dan Mendamaikan Bila Berada Di Homestay Sungai Sireh


Assalamualaikum..

Cik Nor masih lagi dihari ke 2 program tetapi untuk ke tempat lain pulak. Tempatnya tak adalah jauh sangat pun tapi memakan masa hampir 1 jam jugak la untuk sampai ke tempat yang di tuju. Ke manakah Cik Nor kali ini? Tunggu...Tempatnya sangat menarik dan selalu menjadi lokasi penggambaran drama. Pertama kali sampai ke tempat ini Cik Nor sendiri pun rasa teruja sangat melihatnya. Walaupun Cik Nor ni berasal dari kampung jugak tapi kampung yang Cik Nor pergi memang memukau mata memandang.


Tempat yang Cik Nor tuju ni ialah Homestay Sungai Sireh yang terletak di Kampung Ampangan, Tanjong Karang, Selangor. Korang boleh tengok sendiri betapa cantik dan damainya kampung ni bila korang datang sendiri ke sana. Nanti Cik Nor kongsikan gambar-gambar aktiviti kami ketika di sana
.

Sebelum Cik Nor berceloteh dengan lebih lanjut tentang homestay ni, jom Cik Nor kongsikan serba sedikit maklumat yang Cik Nor ambil dari portal Majlis Daerah Kuala Selangor.Sungai Sireh Homestay menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi menyambut kedatangan anda, deruan sungai mengalirkan air bersih lagi segar. Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Jumlah bayaran penginapan dan aktiviti di Homestay Seri Gambut, Sungai Sireh.



Pada musim menuai, pelancong juga berpeluang melihat sendiri cara tradisional untuk memproses padi menjadi beras dengan menggunakan lesung dan indik. Jika datang sebelum musim menuai, katanya, mereka juga akan dibawa memancing belut di tali air berdekatan.Bagi mereka yang mengambil pakej tiga hari dua malam, mereka boleh menyaksikan persembahan kebudayaan setempat seperti tarian kuda kepang, cempuling dan ghazal yang dipersembahkan penduduk.



"Selain itu, kami juga mengadakan acara 'jungle tracking'. Program homestay di sini mendapat sambutan hangat daripada ramai pelancong. Malah, ada pelancong mengatakan mereka seperti tidak cukup masa untuk menikmati apa yang kami sediakan," katanya.
Lebih menarik, pakej yang disediakan juga berbeza mengikut keadaan seperti musim cuti sekolah, khusus untuk anak muda serta pakej biasa.Pelancong juga berpeluang menikmati pelbagai makanan setempat yang mungkin tidak pernah mereka nikmati selama ini seperti ulam dan pelbagai buah-buahan tempatan.
Selain itu, aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di Homestay ini yang mana akan menjanjikan satu kenangan menarik di Tanjung Karang. Sumber dari : http://www.mdks.gov.my


Sepanjang kami disana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kami. Pendek kata tiada masa terluang untuk kami berasa bosan ketika disana. Aktiviti pertama kami ialah mencanting batik. Kemain masing-masing tunjuk bakat mencanting. Cik Nor tidak ketinggaln untuk menjukan bakat terpendam Cik Nor. Haha. Hasilnya korang jangan gelak pulak. Tapi yang korang kena tengok bakat peserta yang menyertai trip ke homestay ni. Semuanya  berbakat weh.


Manakala aktiviti kedua kami menaiki kenderaan seperti traktor mengelilingi kampung sebelum sampai ke sebuah rumah lama yang telah dijadikan homestay. Di rumah ini kami diperkenalkan dengan pelbagai peralatan lama untuk menuai padi, menumbuk padi, menebang pokok dan pelbagai lagi. Selain dari itu kami diberikan tugasan untuk menyelesaikan teka silang kata dan mencari 10 pokok herba yang terdapat dalam teka silang kata tersebut dengan menangkap gambar pokok-pokok herba tersebut. Sangat menarik dan teruja kan untuk menyiapkan tugasan ini.


Selesai di homestay ini kami dibawa ke suatu tempat untuk aktiviti seterusnya. Sepanjang perjalanan ke tempat tersebut kami disajikan dengan permandangan yang cukup indah dan menenangkan jiwa. Oleh kerana hujan renyai-renyai kami terpaksa tunda dahulu aktiviti tersebut tapi kami sempat menikmati air kelapa fresh dari pokok. Sungguh nikmat weh.



Lebih kurang 15 minit hujan semakin reda dan aktiviti diteruskan dengan memancing ikan dimana wakil Selatan melawan wakil Utara. Riuh rendah dibuatnya. Manakala wakil Pantai Timur dan wakil Sabah dan Sarawak dikehendaki menanam padi. Cik Nor apa lagi, join la sekali. Nak tahu apa jadi? Cik Nor tersangkut dalam lumpur tak boleh bergerak. Nasib la ahli team bantu, kalau tak merangkak la Cik Nor nak keluar dari situ.haha. Nampak macam leceh tapi pengalaman yang sungguh berharga buat Cik Nor.

Setelah kedua-dua tugasan diselesaikan dengan jayanya keempat-empat team dikehendaki menangkap ikan secara manual iaitu menggunakan tangan. Riuh rendah dibuatnya, mana tidaknya semua nak team masing-masing menang.haha. Akhir sekali kami dibawa ke tengah sawah untuk mengenali apa itu palong. Rupanya palong ni macam tali air la kot. Kat sini kita boleh memancing ataupun kalau suka mandi sungai, boleh jer mandi kat sini.


Aktiviti kami berakhir disitu. Memang sangat menarik aktiviti di sini. Korang kalau berminat dan nak datang bercuti ke homestay ini boleh la hubungi :

Alamat : Lorong A/P 23 Kg Ampangan Jalan Parit 1, Sungai Sireh
Tanjung Karang 45500

No. tel : Pak Abu 0193467372
              Faeez 0193188220
Email: sgsireh@gmail.com
Facebook : agrotourism homestay sungai sireh


Antara aktiviti yang korang dapat rasai sendiri disini ialah tinggal bersama keluarga angkat, aktiviti kampung, berkayak, jungle tracking, aktiviti memasak makanan tradisional, aktiviti sawah padi, memancing di tali air dan pertunjukan kebudayaan. Di sini perbagai kemudahan disediakan antaranya penginapan, tempat berkhemah, tempat letak kenderaan, surau, kantin, dewan serbaguna dan pentas terbuka.



Cik Nor dah rasai sendiri suasana kampung yang mendamaikan, korang bila lagi nak rasai? Rugi tau kalau korang lepaskan peluang bercuti macam ni. Dah la dekat, duit pun tak habis banyak.  Homestay Sungai Sireh memang terbaik.


7 comments:

  1. oo..patut tgk meriah kat fb cik nor gambar-gambar kat sini. bercuti rupanya. seronok la byk aktiviti buat kat situ. bukan senang dpt pengalaman macam ni, kan.

    ReplyDelete
  2. bestnya aktiviti macam ni. tgk sawah padi ni tenang nya.

    ReplyDelete
  3. Wahh banyaknya aktiviti menarik untuk dicubaa. mesti seronok kan kalau sekali sekala gathering/trip/bercuti macam ni hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik view sawah tu. Seronok juga rasakan suasana kampung.

    ReplyDelete
  5. hahaha kemain diorang menggagau ikan tu...

    ReplyDelete