Breaking News

Penginapan Mewah Di Red By Sirocco

Kredit : Red by Sirocco

Assalamualaikum..

Cik Nor masih lagi tak dapat move on dengan percutian selama 3 hari 2 malam tu. hehe. Di hotel Red By Sirocco ini lah Cik Nor menginap sepanjang percutian tersebut. Ececeh..macam percutian mewah pulak kan. Udah macam retis kan Cik Nor ni. haha. Apa-apa pun hotel memang sangat best dan tak rugi Tourism Malaysia memilih hotel ini sebagai tempat penginapan kami.

Apa yang menarik sangat tentang Red By Sirocco ini. Jom kita lihat gambar yang Cik Nor ambil dari website Red By Sirocco. Gambar sendiri tak sempat ambil sebab Cik Nor sampai hotel, terus mandi dan tidur sahaja.haha

Kredit : Red by Sirocco

Nombor bilik yang terang dan jelas. Cik Nor ni sejenis yang jakun sikit bila dok hotel ni. Biasa nombor bilik lekat kat pintu sahaja kan? Yang ni letak kat sisi pintu siapa ada lampu lagi. Eh..ke nombor bilik macam ni dah lama wujud dan Cik Nor sahaja yang jakun? haha. Harap maafkan Cik Nor. Masa dapat kad akses pun dah jakun, siap tanya bilik di tingkat berapa. haha. Rupanya nombor depan tu nombor tingkat bilik kita. Contohnya macam dalam kat atas, bilik di tingkat 19 dan bilik kita nombor 10. hehe. 

Kredit : Red by Sirocco

Bilik masuk bilik, oh wow mewahnya katil. Siap ada tiga bantal lagi. Cik Nor jenis tidur hanya dengan 2 bantal jer. Jadi 1 bantal Cik Nor terpaksa campak ke bawah sebab tak muat katil. haha. Tapi kemasan untuk bilik ni memang terbaik. Ruang yang luas untuk kami 2 orang lalu-lalang. Bila selisih tu ada lah nak berhimpit bagai. hehe. Bilik ini dilengkap penghawa dingin tapi korang yang alah dengan pengahawa dingin boleh guna kipas. Kipas jugak disediakan tau. hehe. eh..ada ke yang alah dengan penghawa dingin?  Selain itu juga setiap bilik di sediakan kemudahan tv dan meja tulis untuk kita menyiapkan tugasan.

Kredit : Red by Sirocco

Setiap bilik disediakan mesin bancuh kopi yang macam kat kafe tu. Canggih ko. Tapi sayang Cik Nor tak tahu macam mana nak menggunakannya.haha. Kan godak-godak rosak pulak tapi pasal kena bayar ganti rugi pulak. Sebelum apa-apa yang tak baik berlaku baik tengok jer dan jangan usik kalau tak tahu guna.haha. Satu lagi siap ada pembancuh teh tradisional lagi ko. Dua-dua barang ni Cik Nor dan roomate tak usik. hehe

Kredit : Red by Sirocco

Part meja solek ni memang best. Sebab apa best? Sebab meja solek di sertakan dengan ring light ko. Mana-mana blogger kalau jumpa ring light ni memang kan selfie kat sini la. hehe. Betul tak korang? Cik Nor sempat selfie 1 gambar jer kat sini. Nak buat macam mana, kengkangan masa. Tak boleh nak lama-lama kat sini. huhu. 

Ini yang kureng sikit bagi Cik Nor tapi korang dah biasa kot. Tandas dalam bilik ni memang tiada kunci. Cuma slide jer untuk tutup atau buka. Ayoyo..tak biasa masuk tandas kalau tak kunci. haha. Tak ada siapala nak ngitai ko Cik Nor oii. haha. 


Ini tempat yang paling best. Apa yang best? Tingkat 25 adalah cafe beserta dengan kolam renang. Cik Nor naik ke tingkat ni untuk sarapan jer. Tak sempat nya nak berenang bagai. haha. Macam pandai sangat berenang. Kalau pandai pun memang tak akan berenang sebab gayat. Tingkat 25 kot.haha. Cafe dia memang best sebab kiri kanan boleh lihat pemandangan. Sebelah kanan kita boleh lihat pusat membeli belah Sogo dan sebelah kiri pula kita boleh lihat KLCC dan Menara Kuala Lumpur.  Makanan yang disediakan tak payah cerita. Memang sedap dan memenuhi citarasa.


Ini antara pemandangan yang team Cik Nor ambil. Cantik kan pemandangan dari tingkat 25 Red By Sirocco ini. Terasa nak dok lama jer kat sini tapi apakan daya, bilik hanya dibayar untuk 3 hari 2 malam sahaja.haha

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi : 

RED by Sirocco, Kuala LumpurMenara M101 Dang Wangi, No. 3 Jalan Kamunting, 50300 Kuala Lumpur

Phone Number : +603 - 2603 113

11 comments:

  1. singgah pagi jumaat...
    wah menarik la hotel ni...
    boleh la cuba juga sini lepas ni... :)

    ReplyDelete
  2. ya Allah. menarik nya design. memang nampak exclusive sangat ^_^

    ReplyDelete
  3. Wow... Mmg cantik sgt biliknya. Rasa nk duk situ ja

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Typing error la pula. Nak gtau lawa hotel tu

      Delete
  5. Urban style dan unik dekorasi bilik ni. Suka tengok. Haa of courselah selfie kat heksagon light tu.

    ReplyDelete
  6. wahhh cantikknya hotel tu..happy holidays kak nor

    ReplyDelete
  7. whatttttt tak guna kopi machine tuuuuu? kalo tau, mintak kapsul kopi tu kat cik nor...hahahah

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat hotelnya. Mewah sungguh ni. Boleh masuk list.

    ReplyDelete
  9. wah. nampak mewah. cantik. Seronok dapat menginap kat sini. cik nor, suggest sikit nama kita kat Tourism Malaysia. haha. Jeles plak tengok. haha

    ReplyDelete