Ingat Balik Boleh Terus Buat Kerja
Assalamualaikum..
Korang yang mana friend dengan Cik Nor mesti ke mana Cik Nor pergi kan? Cik Nor sebenarnya ke Kuala Lumpur memenuhi jemputan dari pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur untuk kempen Visit Malaysia 2020. Rombongan ini bukan sahaja dari negeri Kelantan malah negeri Pahang dan Terengganu pun ikut serta.
Kita tinggalkan dahulu pasal kehilangan Cik Nor itu. Kita fokuskan kenapa Cik Nor tak boleh terus buat kerja bila balik dari bercuti. Bukan penat ke apa sebenarnya. Kalau ikutkan penat memang penat jugak la sebab perjalanan pergi balik memakan masa 14jam jugaklah. Tapi itu tak kisah sangat sebab bukan Cik Nor yang drive pun.haha. Cik Nor tidur jer sepanjang perjalanan.
Yang menjadi masalahnya ialah line internet. Bila dia buat hal semua kerja tak jalan la. Mana taknya, nak taip entry tu memang lepas la tapi part nak masukan gambar tu masak weh nak menunggu dia lepas satu-satu gambar. Gambar yang nak dimasukkan tu bukan besar mana pun saiz nya. Dalam format jpeg pulak tu.
Dahla masa kat sana tu asyik teringat jer ada job review yang masih tertangguh. Bila sampai rumah berkobar-kobar nak buat tapi bila macam ni tarik selimut lagi best kot hujan-hujan ni.haha. Nampak kekecewaan jelas terpancar. Eh..betul ke kecewa ni? Ke Cik Nor yang malas ni.haha
Malas tu ada jugak sikit tapi tadi dah cari sikit info untuk review. Belum sempat habis menulis sawan menguap datang, macam tak tidur sebulan. Cik Nor apa lagi, layan mata jer la. Nak tunggu line internet macam siput ni memang tak la.
Itu jer sebenarnya nak bagitahu korang. Manalah tahu kot korang ter rindu atau teringat-ingat celoteh merapu Cik Nor ni. #perahsantan jer Cik Nor ini orang rindu dia.haha. Ko tak ada orang lagi suka tau Cik Nor.:)
Bila badan penat, nak buat apa pun jadi stress.. tambah-tambah bila nak mula buat kerja ada je yang tak kena.. itu jam, baik tutup mata, lena..
ReplyDeletewaalaikumussalam. take care ye, semoga dipermudahkan segala urusan ^_^
ReplyDeleteHahaha ada nampak updated kat fb pasal ikut lawatan tourism tu .. Alahai kakya pon minat gak la nak join camne tu nnt cik nor blh tlg2 riki deh..
ReplyDeleteha ha ha.
ReplyDeletenama pun blogger.
tanpa internet, camno kan?
dok hajak kakak pun. Kalau dok buleh ngedate.hihihi
ReplyDeleteinternet dan blogger mmg bff. kalau line buat hal, mmg tak jadi koje la jawabnya.
ReplyDeleteMemang masalah kalau internet buat hal. Memang tak jadi kerja. Tambah pulak kepenatan kan..bertabah lah Kak Nor.
ReplyDelete