Selamat Datang Disember
Assalamualaikum..
Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan terakhir ditahun 2019. Tinggal beberapa hari sahaja lagi 2019 akan meninggalkan kita. Sungguh cepat masa berlalu. Sedar tak sedar jugak usia kita semakin menginjak ke usia senja (mengata diri sendiri..hehe). Semoga kita semua sentisa di beri pentunjuk dan hidayahnya untuk sentiasa berada dijalan yang diredhainya. InsyaAllah..aamiin.
Hampir setiap tahun kita tanam azam baru untuk berjaya dalam hidup tapi adakah semuanya tercapai bila hujung tahun menjelma? Cik Nor tak banyak azam baru yang capai malah ada juga yang mengecewakan diri sendiri. Antaranya nak akhir hidup bersendirian tahun ni. Tak tercapai jugak.Haha. Sebenarnya tak adalah kecewa pun sebab ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Selagi Allah tulis belum sampai jodoh kita, selagi tu lah kita tak akan bertemu pasangan hidup kita. Betul tak korang?
Sebelum ni berazam nak habiskan semua hutang sebelum resign tapi perancangan Allah itu terbaik. Cik Nor terpaksa melepaskan jawatan yang dipegang selama tujuh tahun akibat ketidaksefahaman dengan majikan. Sudah 6 bulan Cik Nor menganggur dah membuat kerja-kerja blog untuk menampung hidup dan membayar hutang yang masih berbaki. Alhamdulillah..Allah sentiasa murahkan rezeki Cik Nor walaupun tidak semewah semasa ada kerja dahulu.
Impian nak ada rumah sendiri pun tak tercapai jugak sebab gaji tak seberapa. Mungkin ada hikmahnya Cik Nor tak ada rumah sendiri. Mungkin Allah nak Cik Nor jaga kedua orang tua Cik Nor yang dah semakin uzur. Percaturan Allah itu indah, ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita.
Kenapa entry kali ini tiba-tiba serius pulak..haha. Mana ada seriusnya..saja nak throwback sepanjang hidup ditahun 2019. Agak-agak dah tercapai ke semua azam korang?heehe
Tak beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru
ReplyDeletepositive sis..Sis doakan tahun 2020, sis bertemu jodoh dengan mr right. aamiin.
ReplyDeletesy pon berangan nk ada umh sendiri tp xtercapai lg..
ReplyDeletemasih duk ngn mak.. tp xpela.. rezeki jg org tua kan.. =')
sabar sis..saya pon masih menacari..insyaallah..adala tu nnti..moga sis kuat yea
ReplyDeletemy birthday 21.12 disember ni
ReplyDeleteSemoga azam dan impian tercapai :)
ReplyDeleteu r not alone ciknor...
ReplyDeleteSamalah cikNor azam Mrs. A tahun lepas pun rasanya failed sudah hahahaa...
ReplyDeleteBersangka baik denganNYA, rezeki ada di mana-mana InSyaAllah.
waalaikumussalam. alhamdulillah kita berjaya lalui tahun 2019 walaupun apa yg terjadi, tu salah satu tempoh perjalanan kehidupan untuk kita semua :)
ReplyDeletebulan terakhir dah kite ni kan.. moga panjang umur nk masuk tahun 2020.
ReplyDeletemoga lepas ni ciknor lebih kuat ye.
ReplyDeleteberusaha. duit tak semestinya dpt bila bekerja tetap.
part time sambil sambil kat rumah pun in shaa Allah ada masyuk nyer.
dongibab.
masuk tahun 2020 dah ke.
ReplyDelete