Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Sedia Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah Dan Enak - Terbaru Dari Ayam Brand
Assalamualaikum..
Siapa peminat produk Ayam Brand? Cik Nor percaya ramai yang minat produk dari Ayam Brand sebab produknya berkualiti tinggi dan dipercayai sejak zaman berzaman. Selain dari sardin banyak lagi produk keluaran Ayam Brand ni. Antaranya santan kotak, minyak kelapa, minyak kelapa dara, tuna, kacang panggang dan macam-macam lagi. Sekali lagi Ayam Brand hadir dengan produk terbaru iaitu Saba Mackarel Flakes
Ayam Brand™, satu jenama sardin
yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta
kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam
senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.
Saba merupakan ayat dalam
bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan
ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan
kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan
kegemaran di restoran-restoran Jepun.
Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan
rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan
Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu
Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga
pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap
kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.
Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki
rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan
khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak
Omega-3 EPA dan DHA.
Berdasarkan sebuah artikel dari Institut
Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan
omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun
yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia.
Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak
menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan
nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut. Saba mackerel
mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang
serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli
Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan
lapan biji kapsul softgel minyak
ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda.
Manfaat Omega-3
Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa
kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak
dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa
kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk
kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik,
kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran.
Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran
membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan
yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat
sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan.
Mata kita sering terdedah
daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital.
Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah
kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian
retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan
mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama.
Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi
kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer.
Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada
makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran
pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko
penyakit Alzheirmer.
Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan
bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan
memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak
ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes
Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3,
pada setiap peringkat kehidupan anda.
Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat
diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh
dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba
Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya
Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan
yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan
Mayones.
Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah
untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes.
Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan
lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya
dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel
Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun
ditabur di atas piza.
Ayam
BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam
Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh
didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.
nyummm makin sedap lah pasni dah ada flakes dalam tu ^_^
ReplyDeletehi jemput join ye https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html
ReplyDeletesedap ni. tapi jarang beli sebab mahal. salam kenal done follow sini.
ReplyDeletesedappnyaa
ReplyDeletejenama paling mendapat tempat dihati pengguna. dah laa sedapp!
ReplyDeletewaa..produk terbaru dari ayambrand..macam sedap
ReplyDeletesedakk molek napok maggi... kita minat jugok sardin dan tuna ayam brand tuh
ReplyDelete