Makan Malam Bertemakan Makanan Laut Di Aroma Ikan Bakar Jeram
Assalamualaikum..
Maaf la korang edisi percutian Cik Nor ni tak habis lagi. Harap korang bertabah la membaca setiap entry percutian Cik Nor yang tak seberapa ni. haha. Sebenarnya ini adalah makan malam terakhir kami untuk percutian kami selama 3 hari 2 malam tu. Eh macam sedih la pulak entry nya. Tak ada maknanya nak sedih bukan kami pergi luar negara pun. Cuti-cuti Malaysia jer.
Makan malam terakhir kami di Restoren Aroma Ikan Bakar Jeram. Untuk setiap rasanya disediakan menu yang sama. Ada ikan, udang, sotong, kerabu dan lain-lain lagi. Apa menu yang sediakan? Jom kita lihat satu persatu.
Gambar no. 1 udang masak sambal rasanya. Memang mebeles rasanya. Kalau tak ada orang lain memang boleh habis Cik Nor ngap seorang.haha
Gambar no. 2 ni kerabu mangga kalau tak salah. Ni kalau ratah macam tu boleh hilang kawan. kihkih.
Gambar no.3 ni sotong celup tepung. Pergh..rasanya hanya orang yang makan jer tahu.haha. Sedap weh. Korang jangan macam-macam tau.
Yang tak ada dalam gambar ialah ikan siakap goreng garing then curah sos, sup telur dan air kelapa muda. Yang sempat Cik Nor snap yang kat atas tu jer lah. Nak buat macam mana, masing-masing dah kelaparan sebab terlewat sampai. Kenapa lewat? Ada masalah teknikal yang tak dapat di elakkan. Orang lain dah siap makan kami baru sampai. Mana yang sempat jer kami snap.haha
Oleh kerana team kami yang sampai agak lewat dan makanan telah dihidangkan. Ada makanan yang dah sejuk tapi kami tak salahkan pihak restoren sebab salah kami yang sampai lewat. Jangan risau walaupun sejuk makanan yang dihidangkan tetap kami sapu bersih tau. Tak caya? eh tak ada bukti la plak.haha.
Korang jangan risau, makanan yang dihidangkan memang sedap dan makanan laut yang disediakan memang fresh. Orang kata kualit terjamin la. Korang yang suka makan makanan yang berasaskan makanan laut boleh lah berkunjung ke sini. Memang tidak mengecewakan tau.
Kat mana lokasi nya :
Lot 7191 Jalan Jati Pantai Jeram, Jeram
Kuala Selangor 45800 Selangor.
Kuala Selangor 45800 Selangor.
Tel : 017-316 3117
Facebook : Aroma Ikan Bakar
Sebenar restoren in berdekatan dengan pantai tapi kami sampai dah malam maka tak nampak la kawasan pantainya. Korang yang nak datang makan kat sini boleh la datang awal sikit, nanti boleh tengok pantai sebelum makan.hehe.
Waalaikumussalam. Bila lapaq, semua jenis makanan kita layan. Makan aja, hehe
ReplyDeletekerabu mangga tu nampak fresh dan sedap. Memgancam betul. Sedap uiiii... lagi pedas dan masam.Haihhh..nak kena cari juga nihh
ReplyDeletesedappp...licin makan...haha
ReplyDeleteNampok sedap sangat tu cik nor..
ReplyDeleteBiasa dengar dari cerita orang je Jeram ni. Tapi tak pernah pergi lagi. Bestnya dapat makan seafood dan bakar bakar tu ha
ReplyDeleteudang masak sambal tu my favourite food tauu...sedap makan dgn nasi putih panas-panas
ReplyDelete