Goodies Bag VS Bayaran
Assalamualaikum..
Tajuk entry kali ni agak berbeza dari biasa. Saja nak tanya pendapat korang jer yang mana bergelar blogger. Ye lah kan, blogger ni bukan sahaja menulis tapi ada juga yang mencari pendapatan dengan menulis di blog. Macam Cik Nor sekarang ni bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari blog. Haru jugak kalau tak ada job berbayar masuk. Bukan apa, dengan duit job berbayar tu lah Cik Nor bayar semua hutang piutang Cik Nor yang masih berbaki setelah enam bulan melepaskan jawatan.
Korang yang bergelar blogger sepenuh mana mesti faham situasi ini kan? Kadang-kadang blogger ni banyak dilema tau. Mana tak nya, kalau dapat job berbayar tu memang syukur alhamdulillah. Tapi kalau ada yang offer cuma dapat barang untuk di review memang fikir dua tiga kali jugak lah. Tambah-tambah barang yang diterima tak memberi apa-apa manfaat untuk kita ataupun keluarga. Part bayar bil internet pun satu hal, kalau review percuma memang tak ambik terus la kan? Macam Cik Nor, bila ada offer produk seperti makanan, barang penjagaan diri, barang keperluan rumah dan sebagainya. Cik Nor akan terima kerana ia memberi maanfaat kepada Cik Nor dan keluarga walaupun tiada bayaran. Sekurang-kurangnya Cik Nor dah boleh berjimat untuk membeli barang-barang tersebut.
Kalau produk kecantikan contohnya pencuci muka, krim muka, suplement dan sebagai Cik Nor fikir banyak kali jugak lah untuk menerima tawaran tersebut. Sebagai contoh Cik Nor akan terima kalau Cik Nor nak sangat pencuci muka atau krim muka yang mereka offer walaupun tiada bayaran. Itu dari sudut pemikiran Cik Nor jer la. Kalau korang Cik Nor tak tahu lah. Mesti korang lebih suka semuanya yang berbayar. Lagi pun Cik Nor sedar, blog Cik Nor ni cuma blog picisan. Tak ramai yang kenal lagi. Cik Nor tak boleh nak demand lebih takut tidak seperti yang diharapkan oleh client.
Begitu jugak dengan jemputan untuk ke event. Cik Nor tengok pada event jugak. Contohnya event perasmian sesuatu yang agak gah, pelancaran produk, Cik Nor akan dapatkan jugak bayaran walaupun hanya duit untuk mengisi petrol..hehe. Bukan demand tapi hak kita, tiada yang percuma dah sekarang ni. Event tu kadang-kadang bukannya dekat dengan tempat tinggal kita. Kalau pergi event setakat dapat makan dan buat penat memang Cik Nor tak pergi la. Buat penat badan jer. Tapi ada satu event baru ni Cik Nor pergi walaupun dapat goodies bag. Event ni adalah untuk membantu murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk mendapat nutrisi secukupnya serta mendapat makanan yang berkhasiat. Event seperti ini Cik Nor selalu sokong walaupun tidak mendapat bayaran.
Ini adalah pendapatan blogger picisan seperti Cik Nor. Pendapat korang mesti berbeza sebab korang blogger terkenal yang selalu mendapat job berbayar. hehe
Rabia baru sekali join event di terengganu.Job berbayar rabia belum dapat kak.Hehehe..kena usaha lagi ni
ReplyDeletesaya memilih cik Nor. kalau berbayar, saya attend. Kalau tak berbayar, krik krik sikit. hehe. sebab fikir naik kereta, minyak lagi. kalau kena laluan bertol, duit tol lagi. so normally saya prefer yang berbayar. walaupun sis sedar, blog suam2 air masak je tapi sis tetap berkira. haha. lagipun client2 ni bukan tak ada bajet tapi orang tengah ada yang amik kesempatan dengan blogger macam kita ni.
ReplyDeleteNieyl pulak x selalu pun dpt job yg berbayar cik nor...
ReplyDeleteMungkin sbb nieyl blogger sendu, blog pun biasa² je kan..
Apa² pun semoga Allah murahkan rezeki cik nor..Amin...
kalau tempat event dekat dan dapat barangan yang betul-betul berguna dan ada nilai tinggi, saya akan consider
ReplyDeleteaida x pernah join event.
ReplyDeletetak pernah dijemput. kat melaka, team blogger x ramai.
job berbyr di blog pun aida x pernah buat.
dulu kala pernah dpt job, tapi xde masa nak buat entri.
so, x dpt dah.
pada aida, kena demand juga, cik nor.
masa kita. tenaga kita. idea kita. utk promote diorang jugak kan.
Mrs. A pun tak pernah join event.
ReplyDeleteJob berbayar kat blog adalah dapat tapi bayaran biasher-biasher je takdelah letops mana hahahaa...
Pendapat Mrs. A kalau pergi event organiser at least bayarlah sedikit sekurang-kurangnya bayar duit minyak dengan tol.
kan. apa apa event patutnya berbayar. nak kira kos minyak, masa kite lagi.
ReplyDeleteseboleh2nya cari job yg berbayar. biar berbaloi dgn apa yg kita usahakan.
ReplyDeleteKekadang kena memilih jugak. Tengok pada kesesuaian produk kalau dibagi produk ..kalau kita tak guna buat apa nak ambik kan.. jadi ikut keperluan dan kehendak kita mana yg lbh penting
ReplyDelete