Breaking News

Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum....

Ramadan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah :

* Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak.Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

* Hadkan pengambilan air manis seperti sirap atau kordial. utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

* Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

* Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

* Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Sumber : MyHEALTH, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

54 comments:

  1. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran banyak-banyak dahulu sebelum makan makanan yang berat seperti nasi.

    Sebab nanti apabila nak makan nasi, tak adalah ambil dalam kuantiti yang banyak, sebab dah kenyang makan buah dan sayuran. Hee... :D

    *Terima kasih kongsi infonya~ ^_^

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni cik nor.. ada di antaranya aiza sedang amalkan.. hehe..

    ReplyDelete
  3. tak timbang lg berat badan sejak berpuasa nie.harap2 adalah penurunan..hehe..btw tq for the tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna tmbang tu kak..mana thu ada penurunan..:)

      welcome..:)

      Delete
  4. mama berjaya turun 3 kilo bulan puasa ni tau cik nor...
    (bangga sekejap).. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..untung la mama..:)

      bagilah tips kat cik nor skali...:)

      Delete
  5. nice shring
    bulan poser makin ketat je seluar nih.. hehehe

    ReplyDelete
  6. tips yg sangat bagus..tapi nak melaksanakannya susah...huhuhu..gitula jadinya bila x nekad..tp akak nak cuba dengan tak amik air manis..(dpt kurang sikit pun jadi la yea..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..:)

      tak cuba mana kita nak thu kan kak..hehe

      Delete
  7. Betul tu, banyak makan manis buat tubuh semakin gemuk ^^

    ReplyDelete
  8. TQ for the tips cik Nor..
    bagus ni, boleh kita amalkan..:)

    ReplyDelete
  9. ckckckckc,, aku udah ga berat mba.. soalnya badan ku kecil.. ckckck
    commentback
    thumber-kreatif.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. tak tau lah kurg ke x ni cik nor huhuu :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah farah dh turun 5kg tau cik nor.. ;)

    ReplyDelete
  12. lepas nih bagi tips untuk menaikkan berat badan di aidilfitri.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak menaikkan berat badan xpayah bagi tips...g jer open house banyak2..sure naik bagai dpam2..haha

      Delete
  13. bulan puasa ni nafsu makan makin menjadi-jadi...takleh nak diett...hehe

    ReplyDelete
  14. ngee.....sy ni mcm bertambah je berat..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik..cik nor pon sama..:)

      Delete
    2. lepas nie cik nor kena tips mengurangkan berat badan after raya...hahaha...confirm past raya naik badan..^^

      Delete
    3. hehe..boleh2..nnt cik nor search n share kat sini.Banyak open house biasalah tu shaila..hihik..:)

      Delete
  15. tps badan naik x de ke dear
    risau pose2 ni berat turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xder la momoy...huhu
      tgh cari jugak nie..:)

      Delete
  16. baguz tips ni... tapi sejak pose nieh saya tak perasan berat badan saya naik ke turun..

    ReplyDelete
  17. tapi bulan pose ni tak tahan nafsu minum air manis2 ni,hehee :P

    ReplyDelete
  18. waalaikumsalam,
    berpuasa saja sudah bisa mengurangkan berat badan, apalagi kalo mengikuti tips di blog ini :-)

    ReplyDelete
  19. tip yg sgt bagus.. nak kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  20. bersenam tu tak leh tinggal.
    nanti elok je sebulan puasa bertambah jugak berat

    ReplyDelete
  21. sy dah turun 3kg sejak mula ramdhan..dulu 81kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..cik nor mkn naik rasanya..haha

      Delete
  22. jangan melantak masa berbuka.. nanti terlampau kenyang payah, plus menyumbang kepada penambahan berat badan. hehe

    ReplyDelete
  23. tapi kebiasaannya orang2 kita ni time berbuka dah jadi double meals....hehe

    ReplyDelete
  24. yg pntg amalkan makanan seimbang sbgai diet..lgpn bila puasa tubuh bdan kita ni kurang tenaga.. =) nsb baik nafsu mkan time berbuka xde sgt hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. good statement...:)
      cik nor smua nak belasah..:)

      Delete
  25. SUre mmg tak kurus OKje ni Cik Nor...semuanya opposite dpd tips hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nor pon samalah akak..asyik mkn nasi jer...haha

      Delete