Breaking News

Resepi Lempok Durian

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Selagi tak habis musim durian, selagi tu Cik Nor kongsi resepi yang berasaskan durian. Harap korang bertabahla bila singgah blog Cik Nor. Bagi yang tak tahu lempok durian ni apa. Jom Cik Nor kongsi resepinya. Mana tahu kot ada durian yang tak habis dimakan boleh lah dibuat lempok.

Resepi Lempok Durian

Bahan-bahannya :

1. Isi durian ( banyak mana yang korang ada)
2. gula (ikut kemanisan yang korang nak)

Cara membuatnya :

1. Masukkan isi durian dan gula ke dalam kuali
2. Masak dengan api yang perlahan dan mesti dikacau selalu.
3. Kacu sehingga betul-betul kental dan likat. Pastikan dia tidak melekat pada kuali dan bertukar kepada warna gelap.
4. Tutup api dan sejukkan. Setelah sejuk boleh lah disimpan dalam bekas yang sesuai untuk jangka masa panjang.

Lempok durian ni sedap dimakan begitu sahaja atau boleh dimasukkan ke dalam bubur or masakan yang berasaskan durian. Lempok durian ni kiranya sebagai pengganti durian fresh. Kalau letak dalam peti dan betul cara simpannya boleh tahan berbulan-bulan lempok ni. 

Bagi korang yang tak tahu nak buat apa isi durian yang banyak selain buat tempoyak, ini lah caranya. Jom la cuba.

10 comments:

  1. biasa ni.
    tapi aida kurang makan :)
    mak mertua kalau buat ni, ya Allah, meriah!

    ReplyDelete
  2. wowww..lempuk kalau mak suka ni..tapi ku tak pandai makannya...hihihihi

    ReplyDelete
  3. Sedappppnyaaaa semua benda yang ada durian najihah suka!

    ReplyDelete
  4. tak makan walaupun suka durian. suka buah tu je da olah jadi lain xmo. tapi ni arwah ayah suka sangat. dia mmg suka gila ni..

    ReplyDelete
  5. Sedaaaaaaaapnya, dah lama tak makan...

    ReplyDelete
  6. Murni pom suka lempok durian tapi susah nok dapat..huhuhu

    ReplyDelete
  7. apa sahaja yg ada kaitan dgn durian mmg sedap rugi2 yg x mkn durian ni haha

    ReplyDelete
  8. Mak mentua n abe suko ni.. Ekin jah x makan hihihi

    ReplyDelete