Breaking News

Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi di Kota Kinabalu


Sejajar dengan komitmen untuk menambat selera dan memenuhi kehendak penggunanya, Domino’s Pizza kini menghidangkan dan membekalkan piza yang dibakar segar di Kota Kinabalu, Sabah. Pembukaannya di Sabah menandakan mercu jaya global bagi Domino’s Pizza dengan bilangan piza paling banyak dijual dalam sehari di Asia Tenggara. Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran ke-15 terbesar di dunia dan juga ke-5 terbesar di Asia Pasifik.



Pembukaan gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza International, bersama Dato’ George Ting, Pengerusi Eksekutif, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura dan Ba U Shan-Ting, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan daripada Domino’s Pizza International dan pihak pengurusan kanan Domino’s Pizza Malaysia.

Cawangan baharu ini yang terletak di Riverson, Kota Kinabalu menandakan pembukaan cawangan ketiga di Sabah berikutan pembukaan dua cawangan terdahulu di Bundusan dan Inanam. Pembukaan Domino’s Pizza yang dinanti-nantikan di Sabah amat dialu-alukan dan mendapat sambutan luar biasa daripada para peminatnya.



Ba U Shan Ting, CEO Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Kami benar-benar terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat kami di sini. Kami dapat merasakan sambutan hebat penduduk Sabah terutamanya dengan hari pembukaan kami yang telah memecah rekod. Cawangan pertama mencatatkan rekod jualan tertinggi minggu pertama pembukaan di Asia Pasifik tahun ini. Selain itu, kami juga memecahkan rekod Malaysia untuk pembukaan minggu terbaik dalam tempoh 20 tahun! Segala usaha gigih untuk menceburi pasaran baharu ternyata membuahkan hasil dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan kami.”



“Pembukaan kami di Sabah bukan sahaja menandakan kemasukan kami ke pasaran di sini tetapi juga mencerminkan janji kami ‘It’s All About You’, iaitu pelanggan kami. Kami sentiasa memberi tumpuan terhadap Sabah dan para peminat kami menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menerima kami di sini.  Sebelum pembukaan ini, kami telah membuat pelaburan besar sebanyak lebih daripada RM4 juta untuk menjalankan analisis pasaran, pembangunan infrastruktur, bakat dan teknologi untuk memastikan persiapan dan operasi lancar untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti di Sabah. Berkat sokongan pelanggan kami di sini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Domino’s Pizza akan membuka dua lagi cawangan di Sabah menjelang akhir tahun dan berharap akan menembusi pasaran di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini adalah sejajar dengan sasaran kami untuk membuka 300 cawangan menjelang 2020.”

Domino’s Pizza Malaysia telah berkembang maju sejak memulakan operasinya di Malaysia lebih 20 tahun lepas. Dengan pembukaan cawangan terkininya, Domino’s Pizza boleh didapati di seluruh negara dengan 227 cawangan dan jumlahnya semakin bertambah.

Dalam ucapannya, Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza International berkata, “Malaysia ialah pasaran yang menarik dan pesat berkembang dan langkah membuka Domino’s Pizza baharu di Sabah adalah sejajar dengan rancangan pengembangan global kami. Tahniah kepada pasukan Domino’s Pizza Malaysia kerana mengekalkan momentum untuk terus mengembangkan pasaran. Ini membuktikan keupayaan pasukan ini membangunkan jenama antarabangsa seiring dengan kefahaman mendalam mengenai pasaran tempatan.”



Kejayaan Domino’s Pizza’s di Malaysia dipacu oleh komitmen untuk memberikan nilai dan perkhidmatan hebat kepada pelanggan sambil menambah baik kehidupan pelanggan, kakitangan dan komuniti. Dengan memanfaatkan inovasi dan teknologi, Domino’s berusaha meningkatkan pengalaman pelanggan Domino’s menerusi perkhidmatan pelanggan terkhusus dan pelbagai usaha baharu yang diperkenalkan termasuk janji jenama yang baharu, It’s All About You.



Sempena dengan pembukaan cawangan Domino’s Pizza di Kota Kinabalu dan dalam menjiwai maksud It’s All About You, satu kerjasama dengan MASWings telah dimeterai untuk menghidangkan Domino’s di dalam penerbangan buat julung kalinya dan juga membekalkan piza ke bandar-bandar pedalaman di Sabah. Sebelum pembukaan rasmi, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al Yakin di Sandakan adalah antara yang telah mencuba  Domino’s Pizza buat kali pertama. Penerbangan MASWings Domino’s, yang menggunakan logo dan penjenamaan Domino’s diatur khas untuk membawa piza dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Di Sandakan, piza ini kemudiannya dihantar secara khusus untuk dinikmati oleh kanak-kanak pusat tersebut!

10 comments:

  1. sukalah tu org2 KK dpt mkn pizza domino's

    ReplyDelete
    Replies
    1. more like FINALLY! craving dah dekat 2 tahun since myra balik dr KL so mmg happy sgt dapat makan Prawn Passion every week LOL

      Myra | The Grey Lines Between

      Delete
  2. bestlah orang KK kan,dah dapat menikmati hidangan dari dominos ni

    ReplyDelete
  3. Saya suka dominos berbanding pija hut...

    ReplyDelete
  4. lama tak amkan dominos..dekat denagn ruamh pun tak pergi..hahaa

    ReplyDelete