Breaking News

Ikan Siakap

Sumber google

Ikan Siakap (Jawi: ايكن سياكڤ) atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.

Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

Diet ikan siakap adalah terdiri daripada crustacean, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); Anak ikan Siakap menjadikan zooplankton sebagai diet utamanya. Ikan Siakap merupakan euryhaline, tetapi stenothermal. Ikan Siakap mendiami kawasan sungai dan berhijrah ke muara atau kuala untuk membiak.

Pada setiap permulaan musim monsun, ikan jantan akan mudik ke hilir untuk bertemu ikan betina. Ikan betina pula akan bertelur dalam jangkaan jutaan biji telur untuk setiap seekor betina dalam setaip musim. Ikan jantan tidak menjaga telur atau anaknya. Anak ikan siakap ini memerlukan air air payau untuk membesar.

Spesies ini merupakan hermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan juga kadang-kala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.

Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.

Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar pada pengeluar ikan Siakap Australia, bagi kedua-dua nelayan dan penternak kerana kos penghasilan tempatannya adalah jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia. Sementara Pelebalan Negara Asal memberikan pengguna kepastian mengenai asal ikan Siakap pada peringkat retail, tidak ada syarat bagi perkhidmatan makanan dan pekedai restoran bagi meletakkan label asal ikan Siakap mereka. Dengan itu, pelanggan menganggap mereka makan ikan Siakap yang ditangkap atau diternak di perairan Australia, namun sebenarnya mereka berkemungkinan besar dihidangkan ikan Siakap yang diimport kerana harganya yang jauh lebih rendah.

Ikan Siakap merupakan ikan kegemaran bagi pemangsa puncak kawasan ini, buaya Tembaga (Crocodylus porosus), yang diketahui pernah merampasnya dari nelayan yang lalai.

Ikan Kerakap Nil—ikan yang serupa terdapat dalam Tasik Victoria, Afrika dan sering kali salah label sebagai ikan siakap. Ia tidak termasuk dalam cadangan bagi ikan siakap ternak Amerika Syarikat. Spesis ini pada asalnya diletakkan dalam genus Holocentrus, dalam beryciform keluarga Holocentridae.

Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand Thai cuisine. Ikan siakap sering dimasak stim dengan air limau lime dan bawang putih garlic, atau digoreng bersama serai lemongrass dan lain-lain cara masakan. Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, di mana ianya sering dilabel ikan Kerapu (snapper) atau sea-bass di dalam menu.


Sumber : Sini

3 comments:

  1. SEDAP. pernah dulu abah ina memancing dapat siakap merah. Best sangat isinya. manis sebab fresh. btw, comel blog. sedap mata memandang

    ReplyDelete
  2. siakap mmg mahal.. belum lagi kalau dah masak kat kedai.. nk jimat beli sendiri ikan, masak sendiri

    ReplyDelete
  3. Ikan siakap kalau dimasak apapun sedap. Popular dah siakap sekarang ni kan.

    ReplyDelete