Breaking News

Happy Diwali


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar kita dah hampir sampai ke penghujung tahun 2021. Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu menyambut pesta cahaya atau Happy Deepavali. Kegembiran jelas terpancar apabila kerajaan mengumumkan rentas negeri dibenarkan. Mana tidaknya, sudah 2 tahun mereka menyambut perayaan ini diperantauan. Tahun ini lebih sangat bermakna bila mereka dapat berkumpul bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing.

Dalam kegembiraan ini mereka tetap menjaga SOP supaya tidak berlaku penularam dan peningkatan semula jangkitan wabak Covid19.  Menjaga jarak, menggunakan test kit covid19, mencatat suhu, membasuh tangan adalah antara SOP yang wajib mereka amalkan sewaktu perayaan.

Bagi rakyat yang beragama lain pula, mereka mengambil peluang ini untuk bercuti bersama-sama keluarga. Ada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung dan ada yang pergi bercuti. Walau dimana kita berada SOP jangan dilupakan. Selagi kita belum menang, berkorban lah supaya tiadak insan yang menderita kerana kecuaian kita.

Apa-apa pun selamat menyambut Hari Raya Deepavali buat seluruh rakyat Malaysia walau dimana kita berada. Ingat kita masih belum menang.


3 comments: