Breaking News

Aku Yang Ketinggalan Atau Mereka Mangsa Fesyen?

Khai Bahar & Aina Abdul

Ben Amir

Kumpulan Dolla

Ella

Aina Abdul

Janna Nick

Azman Naim

Assalamualaikum..

Siapa yang menonton siaran langsung ABPBH 34 malam semalam mesti terasa pelik tengok pakaian artis kat anugerah tu kan? Ke Cik Nor jer yang ketinggalan dalam dunia fesyen. Kalau Cik Nor tengok pakaian mereka ni, dah macam fesyen for future. Rasa tak sesuai nak pergi anugerah macam ni.

Itu pendapat Cik Nor la, tak tahu lah pandangan korang pulak. Dah macam mangsa fesyen pulak pereka fesyen reka fesyen yang macam tak masuk dek akal. Macam fesyen yang di gayakan oleh Aina Abdul. Kedua-dua busana dia tak berkenan nak tengok weh..haha. Satu dah macam lilit kain langsir kat kepala dan satu lagi topi besar kat kepala. Apa fungsinya kedua-dua yang besar kat kepala tu?

Ben Amir pulak atas dah ok, macho tapi bila tengok bawah. Eh, kenapa macam pakai skirt la pulak. Adoi..fesyen apa pulak ni korang?

Ella pun sama, macam tak sesuai jer rekaan tu dengan umur Ella. Carilah yang sopan sikit sesuai dengan imej bertudung dia. Tengok baju putih yang dia pakai tu, terbonjol tang dada. Tak sesuai langsung.huhu

Yang lain-lain tu ok cuma tu lah kain berjela kat bawah atas ada jugak yang tak tertutup.haha. Jangan marah yer. 

7 comments:

  1. tgk dr jauh je mlm tu... dh kureng sikit tgk rancangan mcm tu skrg... tp dressing mmg pelik² bila tgk di ig artis² yg ada ke abp mlm tu... mcm berlumba² pulak baju sapa paling pelik.. haha

    ReplyDelete
  2. saya tak tengok ABP tahun ni. ada hal. pendapat saya biasalah artis pakai pelik-pelik untuk award. lepas geram kot dah lama tak attend event. cuma bila melibatkan soal aurat dan kesopanan kenalah ambil berat sikit.

    ReplyDelete
  3. fesyen jaman sekarang, yang pelik pelik je

    ReplyDelete
  4. Berbagai style..tak apa bagi mereka happy kan

    ReplyDelete
  5. Ammi tak tengok pun kak..Tapi tulah mcm2 fesyen yg timbul sekarang sbb semua nak stand out.
    tengah bayang kalau aina abdul tu duduk kat seat..mesti menyumpah org yg duduk belakang dia sbb tak nampak depan

    ReplyDelete