Al-Kisah Vaksinasi Cik Nor
Assalamualaikum..
Walaupun dah sebulan lebih complete vaksinasi tetap jugak nak abadikan kat sini. Ingatkan Cik Nor lah orang yang paling lambat daftar untuk program vaksinasi, rupanya ramai lagi yang tak daftar. Kalau tak silap Cik Nor daftar untuk untuk vaksinasi pada hujung bulan September. Selang beberapa hari selepas tu, Cik Nor dipanggil untuk vaksin tapi bukan di tempat Cik Nor tinggal sekarang. Kalau tak silap di Bachok, nak pergi tu kena isi minyak kereta lebih kurang RM30 jugak la. Memang tak la pergi, maka Cik Nor batalkan temujanji tu. Alasan yang diberikan jauh dari tempat kediaman.
Dek kerana malas nak menunggu panggilan kat my sejahtera, maka Cik Nor dan 2 orang adik Cik Nor serta seorang ank buah walk in jer kat Dewan Perpaduan Machang. Last minute kakak telefon kawan dia bekerja sebagai jururawat di PPV untuk mengesahkan vaksin apa yang digunakan pada hari tersebut. Oleh kerana keluarga Cik Nor serasi dengan vaksin Pfizer maka kami semua memilih untuk mendapatkan vaksin pfizer. Dek kerana hari tu vaksin pfizer digunakan maka bergegas kami bersiap memandang waktu sudah hampir 12 tengahari. PPV akan ditutup jam 2 petang.
Alhamdulillah..masa kami sampai orang dapat untuk mendapatkan vaksin secara walk in tak ramai. Dalam pukul 1 kami semua siap di vaksin. Orang kata tak rasa apa pun masa suntik tu, tapi Cik Nor rasa sebab yang suntuk tu bukan jururawat biasa tapi jururawat pergigian. Mungkin beliau tiada pengalaman dalam suntikan. Bukan sakit sangat tapi ada rasa la jugak.hehe.
Masa dapatka dos pertama lupa nak bergambar sebab nak cepat balik. Nak masak lagi. Cakap kat adik, nanti masa dapatkan dos ke2 kita bergambar kat booth yer.haha. Pejam celik, pejam celik tibalah masa untuk dos ke 2 pada 6/10/2021. Di tempat yang sama pukul 9 pagi, seawal boleh kami ke sana supaya tidak berlaku kesesakan di PPV. Alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan. Sebelum pukul 10 pagi kami dah selesai divaksin untuk dos ke 2.
Sementara menunggu anak buah siap divaksin, Cik Nor dan adik sempat lagi bergambar di booth yang disediakan. Untuk dos ke 2 suntikannya tak terasa langsung, mungkin ia di suntik oleh jrurawat terlatih yang dah biasa dengan suntikan ni. Cik Nor sampai tanya kat jururawat bertugas samada sudah disuntik ke belum.haha.
Itulah pengalaman walk in Cik Nor untuk menyahut cabaran program vaksinasi negara. Korang semua dah divaksin ke? Kalau belum walk in sahaja sebab suntikan untuk booster telah bermula. InsyaAllah..tahun depan fikir untuk booster pula. Untuk penerima vaksin pfizer jarak diantara 6 bulan atau lebih diperlukan sebelum mengambil suntikan booster.
Baca juga : Orang Lain Mesin Kelapa, Cik Nor Mesin Jari
alhamdulillahhh . at least tahu ada antibody yang body lawan virus ni kann
ReplyDeletetahniah dah selesai divaksinasi
ReplyDeleteHi geng Pfizer.. alhamdulillah.. segala dipermudahkan
ReplyDelete