Breaking News

Jeram Mengaji Daya Tarikan Pelancongan Terkini Negeri Kelantan

SIAPA sangka di sebalik kedudukan lokasi yang tersorok di balik hutan belantara dan laluan jalan kampung, tersembunyi 'permata' yang bakal digilap sebagai tarikan pelancongan baru di Pasir Puteh ,Kelantan.Lokasi menarik ini terletak di Jeram Mengaji Agro Resort, kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.


Selain keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga. Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia. Kemudahan surau dan tandas awan juga lengkap tersedia di sini utk kegunaan para pengunjung.


Kawasan yang dilatari pemandangan pagi yang indah dengan puluhan lembu meragut rumput berlatarbelakangkan padang yang luas, membuatkan kawasan ini saling tak tumpah seperti berada di New Zealand yang terkenal dengan keindahan panorama semula jadi.


Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia.

Sumber : Sini 

2 comments:

  1. Menarik tempatnya. Tak dapat ke New Zealand dapat singgah sini pun okaylah kan.

    ReplyDelete
  2. menarik nya ni. kalau dekat, boleh la nak pi. haha

    ReplyDelete