Breaking News

PENGALAMAN PROGRAM HOS KOMUNITI SELANGOR BAKAL MEMENUHI DUA HARI ANDA

Jelajahi Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk Pengalaman Hos Komuniti yang Luar Biasa!

Adalah merupakan sebuahk eputusan yang tepat sekiranya anda merancang untuk Pusing Selangor Dulu! Selain daripada destinasi yang pelancongan yang sering kita kunjungi seperti pantai, hutan rimba, taman tema dan sebagainya,ada lagi yang lebih menarik di Negeri Selangor untuk anda terokai bersama rakan-rakan dan seisi keluarga. Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam bakal memenuhi dua hari percutian anda di Negeri Selangor!

Hari Pertama di Pasir Penambang, Kuala Selangor

5:00 PM – Terokai Hutan Paya Bakau di Sepanjang Tebing Sungai

5:30 PM – Aktiviti Memerhati Burung Helang

6:00 PM – Pengalaman Menangkap Kerang

6:30 PM – Pengalaman Memancing Menggunakan Jaring

 

Hari Kedua di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

11:00 AM –Pelajari Kaedah Mengekstrak Kelapa

12:00 PM – Pelajari Pembuatan Kuih Onde-Onde

3:00 PM – Ketahui Cara Menangkap Ikan Menggunakan Buluh

5:30 PM – Santai Sambil Menikmati Wadai Kepeng

 

1)    Terokai Hutan Paya Bakau di Sepanjang Tebing Sungai

Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor anda akan bermula di Pasir Penambang. Andaakan menikmati pengalaman menaiki bot nelayan kayu tradisional. Di samping itu, anda boleh menerokai hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai ini.Pasir Penambang  menampilkan persekitaran ekologi yang amat menakjubkan!

2)    Aktiviti Memerhati Burung Helang

Aktiviti memerhati burung helang merupakan satu aktiviti yang dianggap sangat memuaskan sekaligus perasaan yang penuh kegembiraan.Cuba aktiviti memerhati burung yang kini telah menjadi daya tarikan untuk program hos komuniti di Pasir Penambang ini.

 

3)    Pengalaman Menangkap Kerang

Di sepanjang perjalanan, anda akan dibawa untuk berhenti seketika bagi menikmati pengalaman menangkap kerang dan ikan. Para nelayan di sini akan memberikan demonstrasi cara menangkap hasil laut dengan menggunakan peralatan memancing tradisional.

4)    Pengalaman Menangkap Ikan Menggunakan Jaring!

Bukan itu sahaja, program Hos Komuniti di Pasir Penambang juga akan memberikan anda pengalaman menangkap hasil hidupan laut khususnya kerang dengan menggunakan jaring. Pastinya aktiviti seperti ini mengujakan dan memuaskan anda!

 

5)    Alami Keunikan Menekstrak Kelapa

Tidak jauh dari Daerah Kuala Selangor, habiskan hari kedua anda dengan mengikuti Program Hos Komuniti di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam! Luaskan pengembaraan anda dan jangan lepaskan peluang untuk ketahui pelbagai jenis kelapa mengikut bentuk dan warna yang ada. Selain itu, anda akan diajar untuk mengekstrak kelapa dengan menggunakan kaedah tradisional.

 

6)    Pelajari Pembuatan Kuih Onde-Onde

Dari kelapa yang telah di ekstrak, ia boleh digunakan untuk  memasak pelbagai menu makanan antaranya ialah Kuih Onde-Onde. Siapa yang tidak kenal akan kuih tersebut?Rasanya cukup sedap dengan berintikan gula melaka serta diselaputi kelapa  diluarnya. Program ini akan memberikan anda peluang untuk mencuba sendiri resepi kuih onde-onde iaitu kuih tradisional yang sangat terkenal di Malaysia.

7)    Ketahui Cara Menangkap Ikan Menggunakan Buluh

Jika pada hari pertama anda telah mempelajari cara menangkap hidupan laut menggunakan jaring tradisional, pada hari kedua pula anda akan mencuba sendiri pengalaman menangkap ikan dengan menggunakan buluh pula. Ikan yang sering didapati disini adalah ikan puyu dan banyak lagi!

 

8)    Santai Sambil Menikmati Wadai Kepeng

Salah satu cara untuk menamatkan program Hos Komuniti di Daerah Sabak Bernam adalah dengan bersantai dikelilingi suasana kampung sambil menikmati kuih tradisional masyarakat Banjar iaitu Wadai Kepeng!

Pengalaman Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam akan memberikan anda sebuah pengalaman yang luar biasa jauh dari rutin harian anda di kota. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengalami sendiri pengalaman melakukan aktiviti bersama Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Ternyata terdapat permata yang tersorok daripada pandangan para pelancong di sini. Sekiranya anda bermina tuntuk menyertai program yang telah disenaraikan di atas, anda boleh membuat tempahan melalui talian 017-258 5552 – Encik Pua Chun Seong (Kuala Selangor) dan 011-3083 1273 – Cik Amira Rasyidah binti Jamil (Saba kBernam).

Walaubagaimanapun, sambil melakukan aktiviti bersama Hos Komuniti, pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial asmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : Tourism Sertai MATTA Fair 2021

No comments