TOURISM SERTAI MATTA FAIR 2021 DENGAN KEMPEN “PUSING SELANGOR DULU!
Inilah Masanya untuk Anda DapatkanTawaran dan Diskaun Hebat Produk Pelancongan Negeri Selangor!
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor akan menyertai pameran pelancongan,
MATTA FAIR 2021 yang
kembali semula menemui para pengembara seluruh Negara pada 20 dan 21
Novemberini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC).Seperti tahun-tahun sebelumnya,
pihak Tourism Selangor tidak melepaskan peluang menyertai MATTA Fair edisi kali
ini bersama para operator produk pelancongan Negeri, yang akan menemui para
pengunjung di PavilionNegeri Selangor sepanjang dua hari
MATTA Fair berlangsung.
Menariknya, delegasi Negeri Selangor akan disertai oleh pihak Sky
Mirror Travel & Tours, Selangor Fruit Valley, Farm In The City, Wet World
Waterpark, Windlab Indoor Skydiving, Jumpstreet Malaysia, Park Inn By Radisson dan FlowRider
1 Utama; yang menawarkan tawaran potongan harga dan diskaun hebat khas buat para
pengunjung!
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sememangnya telah menjejaskan industri pelancongan
Negara dalam skala yang besar hingga pameran pelancongan MATTA Fair yang
secara lazim diadakan pada setiap suku tahun sebelum pandemik, telah dibatalkan pada
tahun 2020, dan hanya kembali dianjurkan pada suku ke-empat tahun 2021 pada kali
ini, setelah kadar imunisasi Negara semakin menunjukkan perkembangan yang positif.
Pihakpenganjur, Malaysia Association of Tour and Travel Agents
(MATTA) menjangkakan edisi MATTA Fair kali ini akan menarik seramai 20,000
orang pengunjung dalam tempoh dua hari, dengan jumlah pengunjung
dihadkan kepada hanya 2,000 orang pada satu-satu masa. MATTA Fair yang
berkonsepkan “Consumer Fair” turut disertai oleh Agensi Pelancongan,
produk operator, hotel dan syarikat
penerbangan dari seluruh Negara, seiring dengan visi pihak penganjur untuk
membantu merancakkan semula industri pelancongan di Malaysia, serta menjamin
kelangsungan perniagaan para penggiat industri.
MATTA Fair juga merupakan sebuah landasan bagi produk operator pelancongan Negeri Selangor mempromosikan perkhidmatan dan pakej pelancongan mereka serta jualan terus kepada orang ramai.
Inisiatif jualan
secara langsung ini mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong domestik,
khususnya ke Negeri Selangor, serta memajukanperniagaandalamindustripelancongan di era normabaharu.Inisiatif secara
bersemuka ini juga mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk terus
melancong ke Negeri Selangor dengan selamat dalam pembudayaan norma baru dengan
mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis
Keselamatan Negara.
Penyertaan pihak
Tourism Selangor dalam MATTA Fair adalah bertepatan dengan Kempen “Pusing Selangor
Dulu!” yang memfokuskan kepada sektor pelancongan domestik di ambang pandemik
Covid-19. Kempen yang telah secara rasmi dilancarkan pada Disember 2020 lalu
sedang digiat digerakkan di landasan digital -- laman sesawang rasmi dan laman
media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi
TikTok dan saluran YouTube.
Sejak dilancarkan
sehingga kini, Kempen ini telah berjaya menerima lebih 22 juta reach di
laman media sosial dengan tandapagar #PusingSelangorDulu yang menerima sambutan
yang sangat menggalakkan oleh orang awam yang turut berkongsikan video dan
seleksi gambar mereka bercuti ke Negeri Selangor di laman media sosial.
Justeru, isi masa terluang anda hujung minggu ini, dan jangan lepaskan peluang untuk #PusingSelangorDulu dengan mendapatkan pelbagai tawaran diskaun dan potongan harga menarik hanya di Pavilion Negeri Selangor di MATTA Fair pada 20 dan 21 November ini! Jumpa di sana!
Untuk informasi lanjut tentang produk dan tarikan pelancongan Negeri
Selangor serta Kempen Pusing Selangor Dulu; layari laman sesawang rasmi Tourism
Selangor di www.selangor.travel.
Baca juga : Tourism Selangor Menterai Perjanjian Persefahaman (MoU)
Wah hebat..pelancongan akan kembali pesat beroperasi
ReplyDelete