Breaking News

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami


 Sinopsis Drama Diari Seorang Suami

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.


Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa. 

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

PELAKON : Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim, Aiyuni Hashim

1 comment:

  1. Mula- mula dulu akak layan la citer ni...lepas tu macam x leh go la..x tua kenapa macam x masuk ngan jiwa..maybe sebab pelakon dia yang terlelu muda kot..

    ReplyDelete