KEMERIAHAN DEEPAVALI MASIH TERASA! IKUTI PROGRAM HOS KOMUNITI SELANGOR DI DAERAH KLANG DAN PELAJARI BUDAYA SETEMPAT!
Usah Lepaskan Peluang Mengikuti Pengalaman Komuniti Hos yang Unik dan Menarik di The Little India, Klang!
Negeri Selangor sebuah Negeri di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan warisan. Asal usul nama Daerah Klang adalah perkataan dalam Bahasa Mon-Khymeri aitu “Klong”. Nama Klong didefinisikan sebagai gudang seperti mana yang di kemukakan oleh C.O. Blagden, seorangorientalis dan ahli Bahasa yang pakar dalam Bahasa Melayu mengenai Klang yang merupakan sebuah Pelabuhan yang menempatkan banyak gudang. Dalam artikel ini, Tourism Selangor akan menyenaraikan Program Hos Komuniti Selangor yang bolehdilakukan di The Little India yang terletak di Jalan Tengku Kelana, Klang. Jom kita terokai aktiviti-aktiviti Hos Komuniti yang menarik untuk anda cuba sekiranya sampai ke Daerah Klang;
1)
Sarapan Pagi di Love Mom Restaurant
Kira-kira 30 tahun lalu, pemilik restoran Love Mom atau lebih “Mummy” sangat dikenali di kawasan Lorong Menalu, Taman Chi Liung, Klang telah memulakan perniagaannya sendiri yang dahulunya dikenali sebagai Klang Curry House. Masakan di sini dimasak mengikut resipi turun-temurun dari ibunya yang berasal dari Sri Lanka. Pelbagai pilihan sarapan pagi ditawarkan di sini, antaranya idli, vadai, chapati dan puri. Anda juga pesan menu lain seperti roti canai, thosai dan appam. Semestinya sarapan pagi anda sungguh menyelerakan!
2)
Singgah ke Kuil Sri Nagara
Thendayuthupani
Kuil Sri Nagara Thendayuthupani merupakan kuil Hindu tertua di Klang, Selangor. Kuil yang berusia lebih dari 150 tahun ini dikendalikan oleh komuniti Nagarathar atau Nattukottai Chettiar di sini. Kuil ini terletak di Jalan Bukit Jawa berdekatan dengan Little India, Klang ini juga dikenali sebagai Kuil Sree Raja Rajeswary dan berfungsi sebagai tempat kebudayaan bagi penganut Hindu di Daerah Klang. Saksikan sendiri upacara dan adat resam agama Hindu.
3)
Kenali Pakaian Tradisional Kaum India
di Sri Kumarans Silk Saree!
Sri Kumarans Silk Saree terletak di Little India, Klang yang menjual pelbagai jenis saree, yang merupakan pakaian tradisional perempuan bagi kaum India. Anda berpeluang untuk menyarung sendiri pakaian tradisional yang berwarna-warni ini serta mengenali dengan lebih lanjut tentang ciri khusus pakaian tradisional ini, sama ada dari jenis Saree atau Dhoti. Selain itu, anda juga boleh membeli permaidani, langsir, cadar dan banyak lagi di sini!
4)
Belajar Menganyam Kalungan Bunga di
Boothan Florist!
Bunga merupakan salah satu elemen yang penting bagi penganut agama Hindu. Bunga, terutamanya yang telah dianyam menjadi kalung selalunya digunakan sempena perayaan penting seperti Deepavali, Thaipusam dan banyak lagi! Menariknya lagi, sekiranya anda sertai aktiviti Hos Komuniti ini, anda berpeluang untuk mempelajari cara menganyam kalungan bunga yang seringkali kita lihat semasa perayaan-perayaan yang telah disebutkan.
Program Hos Komuniti Selangor
merupakan sebuah pengalaman pelancongan unik dan menarik yang
memberikan peluang kepada para pelancong untuk mempelajari sendiri cara hidup dan
warisan tempatan yang terdapat di sesebuah Daerah di Negeri Selangor. Daerah
Klang yang kaya dengan elemen sejarah dan kebudayaan,
tentunya menawarkan pengalaman berbeza daripada kehidupan seharian anda. Namun,
adalah diingatkan, hanya individu yang
telah lengkap divaksinasi dibenarkan untuk melakukan aktiviti bersama Hos Komuniti
Selangor. Jadikan perjalanan seharian anda di Daerah
Klang lebih bermakna dengan melakukan aktiviti khusus di lokasi yang tertera di atas!
Namun, dalam beraktiviti,
pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan
oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial,
memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak,
serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.
Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : The 3rd Tourism Selangor Golf Tournament 2021
terliur tengok apam tu
ReplyDeleteKlang memang selalu meriah menjelang Deepavali
ReplyDeleteMenarik kan tempat ni..Keluarga Malaysia
ReplyDelete