Breaking News

Resepi Ikan Sungai Bakar

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Minggu lepas balik kampung adik dengan anak buah tangkap ikan sungai guna jaring. Dapat la ikan keli dengan ikan puyu. Dah bersih-bersih tu mak bakar ala-ala pais. Tapi bukan pais sebab ianya simple sangat, orang malas pun boleh buat ni. haha. Cik Nor kali pertama makan mak masak macam tu alahai bertambah makan..hehe.

Jom Cik Nor kongsi resepinya.

Resepi Ikan Sungai Bakar Ala-Ala Pais

Bahan-bahannya :

1. Ikan keli, puyu, haruan dan mana ikan sungai yang korang suka makan ( pastikan cuci dengan asam limau untuk elak bau hanyir)
2. Garam secukup rasa
3. Serbuk kunyit atau nak lagi sedap tumbuk kunyit hidup
4. Penambah perisa
5. Beberapa helai daun kunyit ( separuh dihiris halus untuk ditabur diatas ikan  dan separuh lagi untuk membalut ikan)
6. Daun pisang

Cara-caranya :

1. Ikan sungai tadi digaul garam, kunyit dan perisa tambahan. Ketepikan seketika biar garam menyerap ke dalam isi ikan.
2. Sementara menunggu ikan tadi, bolehla kita hiris halus daun kunyit untuk ditabur diatas ikan nanti.
3. Agak-agak ikan dan bahan yang digaul tadi sudah meresap ke dalam isi ikan boleh la dibakar.
4. Lapisan luar sekali kita letak daun pisang, kemudian baru daun kunyit, hirisan daun kunyit, ikan dan hilrisan daun kunyit lagi.
5. Balut sepertimana korang membakar ikan sebelum ini. Korang boleh bakar menggunakan dapur kayu (aroma dapur arang lebih menyerlah), guna pemanggang ajaib pun boleh atau bakar atas dapur gas macam Cik Nor yang pemalas ini.
6.  Semasa membakar korang kena rajin terbalikkan  supaya isi ikan masak sekata. Bila korang terbau aroma daun kunyit itu maknanya ikan bakar korang dah masak.

Kalau ikan haruan dibuat macam ni, orang dalam pantang pun boleh makan. Eh betul ke?hehe

10 comments:

  1. sedapnyo !!!! makan dengan ulam budu poyok. masyaAllah !

    ReplyDelete
  2. menu simple tapi macam best..cuma cuma kita tak makan ikan sungai..sedap yeak...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi buat pais..nak cari la ikan patin...selalu susah nak dapat yang takde bau....

    ReplyDelete
  4. Ikan segar dari sungai terus masak mesti manis daging dia.

    ReplyDelete
  5. Pernah makan sekali ikan pais tu. Sedap juga. Tp kat sini susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  6. ikan pari bakar,cicah ayaq asam limau
    sedap sgguh

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok kalau ikan lain boleh dop cik nor hahaha bab ikan sungai sungai kurang sikit

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Bahan-bahan tu dah boleh gambar rasanya

    ReplyDelete
  9. ya Allah. sedap nyer. ikan sungai bakar yummy.
    aida suka ikan sungai.
    tapi tak pandai uruskan & bersihkan, cik nor. masak tak brape jadik lah...

    ReplyDelete