TOURISM SELANGOR LABUH TIRAI SESI WEBINAR DENGAN PEJABAT TOURISM MALAYSIA DOMESTIK SELURUH NEGARA
Sesi Webinar dengan Pihak Tourism Malaysia Sabah dan Sarawak Bertepatan dengan Pembukaan Sektor Pelancongan Domestik dan Kebenaran Pergerakan Rentas Negeri
Pihak Tourism Selangor melabuhkan tirai kolaborasi pada Selasa dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik melibatkan beberapa siri Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” secara atas talian bagi mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor kepada wakil penggiat industri setempat.
Bermula bulan Jun lalu, sesi Webinar tersebut telah
diadakan bersama Pejabat
Tourism Malaysia Bahagian Domestik, serta Pejabat Tourism Malaysia Wilayah
Selatan, Wilayah Tengah, Wilayah Utara, dan Wilayah Timur, sebelum melabuhkan tirai “pusing”seluruh Negara dengan sesi
Webinar terakhir bersama pihak Tourism Malaysia Wilayah Sabah dan Sarawak pada
26 Oktober.
Sesi Webinar tersebut merupakan salah sebuah usaha promosi pelancongan domestik Negeri Selangor seiring dengan pembudayaan norma baharu, namun tetap meriah dengan penglibatan seramai 45 orang peserta yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Sabah dan Sarawak. Penganjuran sesi Webinar bersiri ini juga diadakan pada masa bertepatan susulan pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara serta kebenaran pergerakan rentas-negeri yang merupakan satu perkembangan positif yang dinanti-nantikan oleh penggiat industri pelancongan seluruh Negara.
Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Pihak Tourism Selangor menyambut baik perkembangan positif berkaitan pembukaan semula sektor pelancongan domestik, dan pergerakan rentas-negeri yang telah juga dibenarkan. Hal ini membantu sektor pelancongan domestik Negara untuk beransur pulih dengan kadar yang lebih pantas.Saya juga percaya, inilah masa yang tepat untuk saya mengajak hadirin sekalian terbang ke Negeri Selangor, terutamanya untuk percutian hujung tahun bersama seisi keluarga. Tentunya banyak yang boleh diterokai di Negeri ini, dengan segmentasi pelancongan yang pelbagai untuk anda alami sendiri”.
Sesi webinar tersebut telah dijalankan dalam format pembentangan dan taklimat produk pelancongan oleh wakil dari 11 operator produk pelancongan Negeri Selangor, serta turut dimeriahkan dengan slot tayangan video promosi pelancongan, sebagai Program penutup bagi mengakhiri siri kolaborasi atas talian yang julung kali diadakan tahun ini.
Kempen“NakBercuti?PusingSelangorDulu!”sedang giat digerakkan dikesemua landasan digital Tourism Selangor termasuk di laman sesawang www.selangor.travel. Ikuti juga kemas-kini pihak Tourism Selangor di laman sosial media rasmi Facebook, Instagram,Twitter, saluran YouTube, dan yang terbaharu;aplikasi sosial nombor satu didunia;TikTok.
Orang awam juga boleh berkongsi pengalaman menarik mereka menerokai tempat-tempat pelancongan Negeri Selangor dengan memuat-naik gambar dan video di laman media sosial beserta tanda pagar #PusingSelangorDulu untuk turut serta dalam komuniti media sosial Tourism Selangor!
Baca juga : Tukar Angin, Lakukan Senaman Harian Anda Di 8 Pusat Rekreasi Terkenal Di Negeri Selangor
No comments