Breaking News

INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU

 

Assalamualaikum..

Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semulajadi akan melancarkan produk baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi pra pelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.

Serbu kinai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India.

Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semulajadi.”

“Produk semulajadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut. Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, penggunaakan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut, penggunaakan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,” tambah beliau.

Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan rekabentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, tetapi di samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan menampilkan rekabentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai Biz Trust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

1 comment: