Selamat Pengantin Baru Ernie Zakri & Syamel
Pasangan penyanyi popular, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran. Pihak Ernie pula membalas dengan tujuh dulang.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga saja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami. Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan," katanya kepada Harian Metro.
Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak saja.
Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.
Difahamkan pasangan itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017. Ketika itu Syamel dan Ernie menjadi pasangan duet dan mereka juga muncul juara dalam program itu.
Mereka kemudiannya muncul dengan single duet berjudul Aku Cinta sekali gus melayakkan mereka menang kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) pada 2018.
Mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu. Sumber : Sini
Walaupun dah 4 hari berlalu tetap juga nak abadikan kan kat sini sebab Cik Nor suka tengok pasangan ni. Walaupun dah lama bercinta tetap cool tak kecoh macam artis lain. Selamat Pengantin Baru Ernie & Syamil. Moga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin
Baca juga : Selamat Pengantin Baru Lofa & PU Riz
selamat pengantin baru ernie zakri
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Ernie & Syamel...memang diorang pasangan yg xde konroversi kan
ReplyDeleteBetul..saya pun suka tengok pasangan ni. tak over macam artis-artis lain. Majlis dorang pun buat secara sederhana ikut SOP sekarang sebab kita masih dalam situasi COVID
ReplyDeleteMinat betul pasangan ni sebab suara merdu. Bayangkan lah anak nnti dpt suara sedap sama. Hehe
ReplyDelete