Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam
Mengisahkan Lana Analia Suhaimi (Amelia Henderson), seorang gadis kampung yang mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Lana diterima untuk bekerja di syarikat penerbitan terbesar di Malaysia malah dia ditugaskan sebagai wartawan di majalah paling laris – Majalah Sweetheart.
Tugasan pertama Lana ialah menulis artikel mingguan bertajuk ‘Blind Date’. Lana berat hati dengan tugasan yang diberi, namun terpaksa terimanya kerana dia amat memerlukan pekerjaan itu untuk menyara ibunya dan menampung kos pengajian adik bongsunya. Tambahan lagi, Lana tidak berani melawan arahan pengarangnya, Cik Norsira (Aida Aris) yang cukup sinis, garang, serius dan terkenal dengan sifat cerewet. Lana hanya mampu berkongsi masalahnya dengan rakan serumahnya, Zeti (Dottie) dan rakan sekerjanya, Azlinda.
Bermulalah pengalaman Lana mengatur janji temu dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Lana berharap agar dipertemukan dengan ‘Encik Sempurna’ tetapi hakikatnya dia berjumpa lelaki yang pelbagai kerenah. Berdasarkan pengalamannya yang serba tidak kena itu, Lana sampaikan kepada pembaca menerusi artikel Blind Date yang tajuknya bermula dengan `Encik’.
Encik Gamer, Encik Sombong, Encik Selekeh, Encik Playboy, Encik Anak Mak dan bermacam-macam `Encik’ yang ditemui. Tidak mengambil masa yang lama, rencana Lana mendapat pujian dan semakin diminati ramai. Lana teruja apabila dia telah memenangi hadiah pakej percutian 4 Hari 3 Malam di sebuah pulau. Di situ, Lana dan Amar Najwan (Sean Lee) dipertemukan dalam insiden yang dingin. Ekoran daripada masalah teknikal yang dialami oleh pihak hotel, Lana disalahertikan sebagai perempuan gila yang menceroboh bilik chaletnya. Selepas mendapat penjelasan daripada pihak hotel, Amar bersungguh-sungguh untuk meminta maaf daripada Lana.
Lana dan Amar menghabiskan masa bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah di pulau itu. Keindahan pulau dan keprihatinan yang diberikan oleh Amar, membuatkan Lana terpikat dengan pesona lelaki kacak ini. Sayangnya, pada hari terakhir di situ, Amar secara tak sengaja terbaca rencana ‘Encik Panas Baran’. Amar salah sangka dan kecewa. Dia tinggalkan Lana tanpa apa-apa pesanan.
Lana gagal menghubungi Amar. Walaupun dia terpinga-pinga dengan apa yang sudah berlaku, tetapi Lana meneruskan kehidupnya seperti sedia kala. Amar mula didesak oleh ibunya, Datin Bibi (Zila Bakarin) untuk bertunang dengan Aida (Nyna Hasrizal). Amar berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya, Hisham (Syafi Tee). Kisah Amar mengenai Lana menarik perhatian Hisham dan dia ingin tahu lebih lanjut tentang gadis yang berjaya mencuri hati kawannya. Hisham menyuruh penyiasat persendirian, Juno untuk mengekori Lana. Namun, apa yang bakal berlaku adalah di luar jangkaan ketiga-tiga pemuda ini.
PELAKON : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim
Baca juga : Sinopsis Mail Tote The Movie
Ooo..begitu jalan ceritanya....
ReplyDeletenieyl tak sempat nak follow lagi cter ni cik nor..
lain muka sean lee dlm poster tu
ReplyDelete