Breaking News

Gajet Ke 5 Cik Nor

Sumber google


Assalamualaikum..

Banyak betul gajet Cik Nor ni sejak menjadi blogger suam-suam kuku ni. Gajet- gajet ni bukan yang mahal pun Cik Nor beli cuma beli yang biasa-biasa jer. Guna bila perlu sahaja. Cik Nor beli tripod ni bila nak kena selfie dengan produk. Kalau produk kecik boleh jer sebelah pegang phone, sebelah lagi pegang produk. Tapi bila besar gedabak terpaksa la beli tripod ni. 

Masih Cik Nor ingat lagi susahnya nak selfie masa guna tablet. Kalau nak selfie seorang diri tak apa lagi. Kena dengan produk memang nak menangis rasanya. Ye lah, tablet tu dah la besar jugak tambah pulak dengan produk. Gigih tau dulu cari kotak atau apa-apa yang boleh jadikan sandaran tablet supaya terletak cantik. Lepas tu set masa siap-siap boleh boleh buat kerja dengan baik.

Nak beli tripod untuk tablet mana ada jual kat kedai aksesori DIY telefon. Kalau ada pun kena beli kat Lazada atau pun kat Shopee. Cik Nor kalau beli online memang jakun sikit. Hihi. Kalau kat kedai fizikal memang on sebab kalau kat kedai fizikal kita boleh tengok kualiti produk sebelum beli. Kalau online kita tengok kat screen telefon memang semua elok tapi bila sampai agak mengecewakan.

Tripod yang ni Cik Nor beli kat kedai DIY aksesori telefon dengan harga yang murah. Alhamdulillah, walaupun harganya murah ia tetap berkhidmat dengan baik sehingga ke hari ini. Sekarang ni Cik Nor tengah ushar tripod untuk letak ringlight. Tunggu gajet seterusnya dari Cik Nor. 

Harap korang tak bosan baca entry gajet Cik Nor ni.

1 comment: