Breaking News

Selamat Pengantin Baru Lofa & PU Riz

Impian selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.

Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.Tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.

Mengenai hantaran, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak menyatakan sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki. Sumber : Sini

Walaupun dah 2 hari berlalu majlis pernikahan Lofa & Pu Riz tetap juga Cik Nor nak abadikan kat sini sebagai kenangan. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.

 Noor Neelofa Mohd Noor & Haris Ismail - 27 Mac 2021

Baca juga : Cantiknya Baju Nikah & Baju Resepsi Mira Filzah

2 comments:

  1. Tahniahh selamat pengantin baru neelofa dan harris . semoga bahagia hingga ke jannah .

    ReplyDelete