Breaking News

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri - Episod 12


Laila merasa lega kerana Ezlan kembali patuh kepadanya. Terlanjur berbual, Rose bertanyakan Laila tentang penceraiannya dengan Hadi. Akhirnya Laila mendedahkan yang dia telah berbohong yang Hadi adalah an abusive husband. Sebenarnya dia turut menggunakan minyak senyonyong ke atas Hadi namun perkara itu dapat dihidu oleh Maisarah. Terbongkar segalanya apabila Laila sendiri memberitahu yang sebenarnya dialah yang merampas Hadi daripada Maisarah. Hadi yang telah mabuk kepayang memberikan wang dan kemewahan kepada Laila termasuklah syarikat Hadi yang kini menjadi miliknya. Naim bertemu dengan Hadi untuk mengetahui punca penceraian dengan Laila. Akhirnya, Hadi dan Maisarah bertekad untuk membantu Ezlan yang sudah terkena sihir Laila. Hadi akur, Ezlan perlu di bantu dan Laila harus sedar yang dia telah menyimpang daripada landasan agama. Kini Naim, Pian, Mak Lang, Hadi, Rose berganding bahu untuk membantu Raihani dalam misi menjatuhkan Laila.

Pelakon: Dato' Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nordin, Jasper

No comments