Performance On Google Search For February 2021
Assalamualaikum..
Memang menjadi rutin Cik Nor setiap bulan mesti Cik Nor tepek performance. Untuk tatapan dan dorongan diri sendiri setiap bulan supaya sentiasa konsisten untuk updates blog. Tak kira entry tu panjang atau pun pendek macam-macam mana pun kena ada entry baru setiap hari. Satu entry setiap hari pun dah memadai.
Bila tengok performance tinggi automatik kira rasa rajin nak blogging, kalau rendah nak buka blog pun rasa malas. Tapi Cik Nor memang ada penyakit M pun. Kalau korang nampak ada 1 entry baru setiap hari tu memang tahap kerajinan melampau lah tu. haha.
Pernah juga Cik Nor terfikir macam lah orang boleh updates entry blog 4 atau 5 entry sehari. Cik Nor updates 1 entry sehari pun rasa macam kena berlari 5 KM setiap hari dah. Ni nak updates 4 atau 5 entry sehari memang tak la. Sebelum ni Cik Nor ada updates pasal drama. Itu pun dah jarang-jarang. Kalau rajin buat la entry drama tu.
Korang mesti lagi tinggi performance pada Cik Nor kan? Korang Cik Nor perhati setiap hari dan setiap masa ada jer entry baru. Korang dapat dari mana yer idea nak menulis tu? Cik Nor perah idea dah macam perah santan tetap juga tak mahu keluar. Kalau ada pun entry merapu macam ni la..hehe
Meh la bagi tips kat Cik Nor macam mana nak dapatkan idea untuk selalu updates blog dengan ayat-ayat yang menarik dan bernas.
rabia pun post dalam blog juga . yg bulan januari dan februari
ReplyDeletemcm rabia,rabia suka update entry ttg review makanan. kalau pergi kedai makan wajib kot snap gambar dan menu serta harganya. bru mencanak naik view di blog rabia. bab makan kan org cri skrg. nk mkn apa dkt mana.
ReplyDelete