10 TARIKAN PELANCONGAN BAHARU NEGERI SELANGOR UNTUK DIKUNJUNGI DI TAHUN 2021
Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat, kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara, kawasan urban dengan gaya hidup moden, serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai; dari gerai hinggalah ke restoran mewah dan terkemuka. Dikala industri pelancongan perlu sedia menangani impak pandemik Covid-19, Negeri Selangor memperkukuhkan status sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia dengan seleksi produk pelancongan baharu yang mempunyai potensi untuk menggamit perhatian pelancong pasca-pandemik seperti senarai yang berikut.
1) Singgah Santai Resort, Hulu Langat
Singgah
Santai Resort merupakan antara penginapan bercirikan “resort” terbaharu di
Daerah Hulu Langat dengan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan
pengunjung. Di sini turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar
kawasan resort. Para penggemar aktiviti percutian dan “backpacking”,
atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan
menikmati pengalaman menginap di sini kerana suasananya yang penuh mendamaikan;
agak terpencil dari hiruk-pikuk kawasan bandar.
Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
2) Tugu Badminton Anak-anak Sidek,
Banting
Di Pekan Banting terdapat sebuah monumen yang berdiri gah bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik yang amat popular suatu ketika dulu; Anak-Anak Sidek. Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek ini dibina bagi meraikan kejayaan anak-anak Sidek di persada sukan badminton dalam Negara dan antarabangsa.
Tugu ini
telah didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah
tempat tokoh-tokoh badminton Negara tersebut telah dibesarkan. Kini, ianya
merupakan salah sebuah tarikan dengan nilai sejarah di Pekan Banting, Kuala
Langat.
Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
3) Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat
Air Terjun Sg Lepoh
adalah salah sebuah daya tarikan terbaharu di Daerah Hulu Langat. Juga dikenali
sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, air terjun yang sangat menenangkan
ini merupakan sebuah kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar
aktiviti pendakian serta pencinta alam sekitar yang tinggal di sekitar kawasan Lembah
Klang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.
4) Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting
Anjung
Spotter, yang merupakan sebuah tarikan di Kuala Lumpur International Airport
(KLIA) di Daerah Sepang kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat
kapal terbang dan fotografi. Di sini, mereka berpeluang untuk melihat dan
merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA ini dari sudut-sudut
yang menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman
luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya
kepada kanak-kanak.
Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.
5) Ardence Labs @ Eco Ardence, Setia
Alam
Dalam ramai
asyik berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik sebagai latar bagi gambar
mereka di laman media sosial, pemaju hartanah di Negeri Selangor turut tidak
berkecuali dari mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan yang
dibangunkan mereka. Sebagai contoh, Ardence Labs@ Eco Ardence merupakan tarikan
terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar
yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafitti dan lain-lain.
Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
6) Elmina Central Park, Shah Alam
Kehijauan
dalam pemodenan. Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai
trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat
menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda.Jambatan Icon Elmina
(Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk
dijadikan latar gambar. Dengan warna merah terang, jambatan ini kelihatan
seolah-olah menyala apabila matahari menghilang dari pandangan sekaligus
memberikan pengunjung pemandangan malam yang sangat mengagumkan.
Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.
7) HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang
HL Dragon Fruit
Eco Farm yang terletak di Daerah Sepang ini bukan sahaja mempunyai ladang
tanaman buah naga yang luas, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti
pertanian untuk pengunjung. Mereka berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri
pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah
naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tanaman ini.
Alamat: Lot
7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor.
8) Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu
Langat
Negeri
Selangor terkenal dengan pelbagai keunikan alam semulajadi yang mempunyai
penggemar dari pelbagai kelompok usia. Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu
Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu bagi
penggemar alam sekitar. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan
struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air
panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas
kesejukan bermandi manda di kawasan air terjun yang banyak terdapat di Daerah
Hulu Langat.
Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, selangor.
9) Woodhouse KKB IO Home, Tinggian, Kuala Kubu
Bharu
Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di seleksi rumah kayu yang cukup unik dengan elemen privasi. Pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan turut menjadi latar di lokasi ini. Woodhouse KKB IO Home dihiasi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.
Ia juga memiliki
kolam renang privasi, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur
luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan beranda, kemudahan
untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi kemudahan
lain.
Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
10) Bukit Chenuang, Hulu Langat
Bukit
Chenuang yang terletak di Daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi
pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga kerana trek dari pintu
masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda
arah yang jelas serta memudahkan. Di sepanjang perjalanan juga terdapat
beberapa batang anak sungai bagi melepaskan lelah dan bersantai, dan pendakian
hingga ke puncak Bukit Chenuang dijangka mengambil masa dalam 2-3 jam,
bergantung kepada kelajuan dan kemahiran para pendaki.
Alamat:
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200
Cheras, Selangor
Negeri Selangor, tentunya tidak
turut berkecuali dalam menangani impak pandemik Covid-19. Dalam pada beberapa
operator produk pelancongan yang terpaksa menghentikan operasi, terdapat juga
beberapa operator produk pelancongan yang mula mengalu-alukan kedatangan
pengunjung di tahun 2021, di samping pihak Tourism Selangor juga turut
mengetengahkan kawasan-kawasan pelancongan alam semulajadi yang baharu di
sekitar Negeri ini.
Namun, adalah harus diingatkan,
aktiviti percutian di Negeri ini perlulah dilaksanakan dengan berhemah. Hampir
kesemua kawasan pelancongan di Negeri Selangor telah mempraktikkan garis
panduan berlandaskan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara,
namun pelancong sendiri perlulah sentiasa peka. Sentiasa pastikan pendaftaran ke
premis pelancongan menerusi aplikasi Selangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat,
amalkan penggunaan cecair pembasmi kuman secara kerap, menjaga penjarakan sosial,
serta sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam demi kesejahteraan bersama.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism elangor di Selangor.Travel dan di laman YouTube di
saluran “Tourism Selangor”.
lepas covid ni berlalu boleh la melancong ke selangor :)
ReplyDelete