Breaking News

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri - Episod 9

Laila terus memukul Ain kerana berani menyentuh barang peribadinya. Patung Kumantong itu diibaratkan seperti ‘anak’ harus dibelai dengan manja kerana ia membekalkan kekayaan kepada Laila. Mak Wan dan Rais juga turut dimarahi oleh Laila kerana tidak berhati-hati dengan gerak geri Ain. Ezlan cuba untuk menghalang perbuatan Laila namun dia tidak mampu. Tangisan Ain langsung tidak melenturkan hati Ezlan yang masih dalam pengaruh sihir Laila. Walaupun Raihani sudah sah menjadi isteri, Pian tetap melayannya sama seperti dulu. Apa yang berbeza hanyalah kemesraan di antara mereka yang hampar dan kurang berkomunikasi. Pian kini tinggal di rumah Raihani menjaga Mak Lang yang jatuh sakit akibat rindukan cucu-cucunya.

Pelakon: Dato' Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Raja Azura, Rosnah Johari, Lana Nordin, Jasper

1 comment: