Breaking News

Birthday Celebration For Hafizah


Assalamualaikum..

Gambar ni dah lama sebenarnya terperap kat dalam gallery telefon. Baru hari ni dapat updates kat sini. Kan dah cakap laptop rosak..tu yang malas nak updates entry guna henpon. Walaupun dah lama berlalu tetap jugak nak simpan sini buat kenangan. Mana tahu bila Cik Nor dah tak ada, masih ada pembaca blog Cik Nor nak baca celoteh-coloteh Cik  Nor ni.

Majlis sambutan kami buat selepas PKP. Nasib baik masa tu PKP dah tak ada kalau tak memang tak buat la sambutanya sebab nak keluar pergi beli barang pun susah. Tambah pula Cik Nor nak tebus voucher McD nak kena rentas daerah. Fuhh..dah la tarikh expired voucher hujung tahun, kalau PKP lama memang burn la voucher tu. huhu.

Cik Nor tak belanja besar pun untuk sambutan ni, cuba beli set buger ayam McD dan sebiji kek jer. Malas nak masak benda lain sebab yang makan tu pun cuma ahli keluarga jer. Untuk anak buah yang sekolah rendah Cik Nor beli ayam KFC. Kalau bagi berger buat membazir jer sebab diaorang makan daging jer..roti dia buang.haha



Sambutan hari jadi ni adalah yang ke 15 tahun buat Hafizah. Anak buah no. 2 anak kepada kakak sulung Cik Nor. Dia ni kalau tak buat majlis birthday dia memang sampai tua gamaknya tetap dia ingat.haha. Nasib baik la makciknya ni jenis yang duit tak pernah pokai walaupun tak kerja...aamiin. Lepas tu satu lagi, makciknya pula jenis suka jawab suvey. Maka bayaran untuk beli McD pun tak banyak yang kena bayar.haha

Kek tu Cik Nor beli kat kedai biasa jer. Harga dia cuma RM40 jer tapi berbaloi sebab tak muak dan dia guna fresh cream untuk lapisan icing dia. Kalau Cik Nor tak beli kek secret resepi ini lah kek pilihan utama Cik Nor. hehe. Murah tapi sedap.

Apa- apa pun, selamat hari lahir Hafizah Harris. Moga jadi anak solehah dunia dan akhirat..aamiin

1 comment:

  1. Untung anak buah dapat mak sedara pemurah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ciknor.

    ReplyDelete