Breaking News

Bila Kami Pergi Kenduri



Assalamualaikum..

Ini merupakan entry pertama Cik Nor dibulan Februari 2020. Sepatutnya setiap hari Cik Nor updates blog tapi line internet buat hal. Nak upload gambar pun kena tunggu berejam baru dapat upload. Kadang-kadang bila feedup menunggu memang tutup laptop la jawabnya.haha. Tidur lagi bagus dari sakit hati menunggu gambar yang di upload tak dapat-dapat..hihi

Berbalik kepada gambar kat atas tu, sebenar banyak lagi Cik Nor nak upload gambar lain tapi faham-faham jer la. Satu ni pun nasib baik lepas. Ni pun dalam 15 minit jugak menanti baru lah dapat. Nasib baik tak putus asa, kalau tak esok tak entry lagi lagi lah jawabnya esok..hehe.

Korang boleh baca Musim Kenduri 

Gambar kami ambik masa nak pergi kenduri kahwin rumah kawan Cik Nor. Dekat jer rumahnya, tu kami pergi jalann kaki jer. Sambil-sambil jalan sempatla kami wefie bersama. Nasib baik masa kat wefie tu tak ada kenderaan yang lalu. Kalau tak kena hon, kena langgar lah jawabnya.haha

Kawan Cik Nor ni dah kali kedua kahwin. Alhamdulillah..moga pasangan dia kali ni akan kekal till jannah. Aamiin. Dia..patah tumbuh hilang berganti. Cik Nor jugaklah patah tak tumbuh-tumbah. Hilang..terus hilang buat selama-lamanya.haha. Masa kat rumah pengantin ada jer gambar kami kat pelamin tapi tak dapat nak upload sebab line intrnet buat hal..huhu


Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru kawanku, Zairatul Akma Azahari dan pasangan. Semoga bahagia hingga ke jannah. Aamiin.

12 comments:

  1. Waalaikumussalam. Makan kenduri best. Boleh jumpa kawan2 lama lagi lah best 😁

    ReplyDelete
  2. sama la kita ciknor...internet suka sangat bergurau beberapa hari ni...geram dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat pengantin baru kawan Kak Nor. Moga bahagia sampai syurga dan semoga Kak Nor bertemu dengan jodoh yang terbaik. Aaminn

    ReplyDelete
  4. Kalau jadi naik pelamin tu silalah jemput abe kie deh.

    ReplyDelete
  5. meriah...bila pergi kenduri kawan-kawan kahwin seronok sbb dpt jumpa kawan zaman budak hingusan hehehe

    ReplyDelete
  6. Seronoknya ramai geng pegi kenduri

    ReplyDelete
  7. barakallahulakuma buat kawan cik nor tu...

    ReplyDelete
  8. Wonderful! Thank you for sharing an informative information. Please keep it up such a great posting like this above.

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/08/bangladesh-magazines.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/02/best-bangladesh-classified-website.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/04/bangladesh.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/11/bangladesh-radio-stations.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/02/best-india-classified-website.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/04/india-jobs.html

    ReplyDelete
  9. Seronok pergi kenduri kawan.

    ReplyDelete
  10. jodoh soal yang penuh rahsia.. insyallah Dia akan beri yang terbaik.
    memang bulan 1/2 ni penuh kenduri..

    ReplyDelete