Apa Itu Cerebral Palsy?
Assalamualaikum..
Siapa yang tengah layan drama kat slot samarinda TV3 iaitu Maaf Tak Indah mesti tahu yang anak Raimei yang sulung menghidap penyakit Cerebral Palsy. Ini mungkin kerana kesan dari pengguguran yang tidak berjaya. Untuk pengetahuan korang dalam drama ni, isteri Raimei iaitu Syazan tidak suka pada kanak-kanak dan berusaha untuk gugurkan kandungannya. Allah Maha Berkuasa, dihari dia ingin menggugurkan kandungan pada saat akhir kandungannya tidak berjaya kerana waktu untuk bayi yang dikandungnya telah tiba. Akibatnya Adam disahkan menghidap Celebral Palsy. Eh..panjang pulak Cik Nor bercerita. Cerita ni tak tamat lagi, jom la layan.haha
Cik Nor pun tak tahu juga pasal Celebral Palsy ni tapi Cik Nor nak kongsikan dengan korang hasil yang Cik Nor google tentang Celebral Palsy ni. Tak salah kalau kita kongsi-kongsi ilmu kan?hehe
Apa itu Cerebral Palsy (CP)?
Merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan diri. Kanak-kanak cerebral palsy mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut.
Kepentingan posisi untuk cerebral palsy
Kanak-kanak cerebral palsy sukar melakukan pergerakan otot yang dikehendaki untuk memposisikan dan mengekalkan postur badan pada kedudukan yang betul dan ini mendedahkan mereka kepada risiko kecacatan yang berkekalan. Keadaan ini menjadi semakin sukar sekiranya masih terdapat refleks primitif yang sepatutnya sudah tiada pada usia tertentu.
Antara refleks primitif tersebut adalah:
- Asymetrical Tonic Neck Reflex
- Refleks ini bertindak bila kepala dipusingkan. Tonus otot ektensor (penegak) di bahagian di mana arah kepala dipusingkan meningkat sementara di bahagian yang berlawanan tonus otot fleksor (pembengkok). Kewujudan reflex ini melepasi usia 4-6 bulan adalah tidak normal dan mengganggu perkembangan untuk berpusing, integrasi bilateral, mencapai dan menggenggam.
- Symetrical Tonic Neck Reflex
- Refleks ini bertindak bila kepala di bengkok atau ditegakkan. Bahagian atas badan akan membengkok sementara anggota bawah akan menegak. Kewujudan refleks ini melepasi usia 4-6 bulan akan mengganggu perkembangan menyusur, merangkak, berjalan dan kefungsian anggota atas.
- Baca ini : Adakah Skizofrenia Penyakit Mental
3. Tonic Labyrinthine Reflex
- Bila terlentang, kepala menegak dan seluruh badan menjadi lebih keras dalam keadaan menegak, bila meniarap badan menjadi lebih keras dalam posisi membengkok. Jika refleks ini berterusan melepasi usia 4-6 bulan, ia akan mengganggu perkembangan berpusing, menyusur dan bangun dari posisi duduk.
4. Moro Reflex
- Bila kepala didongakkan, lengan menegak, terbuka dan terpusing ke luar, diikuti dengan postur membengkok. Jika refleks ini berterusan melepasi usia 4-6 bulan, ia akan mengganggu perkembangan kawalan kepala dan imbang diri semasa duduk.
Posisi yang betul bagi kanak-kanak cerebral palsy penting untuk:
- Memudahkan dan menggalakan kefungsian anggota
- Merencatkan tindakbalas refleks ke atas tonus otot.
- Mengurangkan risiko kecacatan
- Mengelakkan kudis tekanan
- Memudahkan pergerakan yang normal & merencat pergerakan tidak normal
- Memberikan keselesaan
- Mengelakkan kontraksi yang tidak dikehendaki pada otot
- Menjimatkan tenaga
Cerebral Palsy dan Pemulihan Carakerja
Intervensi Pemulihan Carakerja bagi kanak-kanak cerebral palsy bermula sebaik sahaja kelewatan perkembangan dikesan. Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy dilihat dari 4 aspek iaitu:
- Perkembangan pergerakan halus iaitu kebolehan kefungsian tangan untuk mencapai, memegang dan bermain.
- Perkembangan pergerakan kasar seperti duduk, bangun, berjalan.
- Perkembangan personal-sosial seperti berinteraksi dan melakukan aktiviti harian.
- Perkembangan bahasa dan percakapan.
Intervensi yang diberi adalah:
- Program intervensi awal, iaitu bagi kanak-kanak berusia 0-24 bulan (Early Intervention Program)
- Posisi mengelakkan kecatatan semasa baring, duduk,di dukung.
- Posisi memudahkan kefungsian semasa melakukan aktiviti.
- Rangsangan oral untuk yang mengalami masalah menyedut/menelan dan air liur meleleh.
- Rangsangan perkembangan motor kasar menggunakan aktiviti permainan terapeutik.
- Ransangan atau diet sensori bagi kanak-kanak yang mengalami masalah memproses input sensori yang diterima. Masalah ini dipamerkan dengan keengganan menggunakan tangan untuk memegang, mencapai atau terlalu sensitif terhadap sensori tertentu.
- Aplikasi alat-alat ortosis ke atas anggota untuk mengelakan kecacatan sendi dan memudahkan kefungsian.
- Latihan aktiviti kehidupan harian
- Teknik khusus diajar untuk melatih kanak-kanak berdikari menjalankan aktiviti harian dan penjagaan diri seperti memakai pakaian, makan/minum dan membersihkan diri.
- Baca juga : Apakah SLE?
- Latihan kefungsian tangan
- Diberi untuk kanak-kanak yang mengalami masalah menggunakan tangan untuk memegang barang/permainan, menjalankan aktiviti harian dan menulis.
- Lawatan rumah dan sekolah
- Dilakukan untuk menilai tahap kefungsian dan adaptasi kanak-kanak dalam konteks sebenar di mana cadangan pengubahsuaian persekitaran dan aktiviti diberikan untuk menghasilkan suasana harian yang merangsang perkembangan dan kefungsian.
- Cadangan alat bantuan dan pengubahsuaian
- Alat-alat bantuan diperlukan bagi sebahagian besar kanak-kanak cerebral palsy untuk membolehkan mereka berada di dalam postur yang betul. Membiarkan mereka berada pada postur yang tidak betul secara berpanjangan boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang, dislokasi/sublaksasi sendi pinggul, kependekan otot dan kekejangan sendi.
- Sumber : SINI
test
ReplyDeleteNieyl tgk iklan je drama ni, tak tgk pun lagi...tapi menarik jalan cter dia..
ReplyDeletekawan kita ada sorang anaknya menghidap penyakit ni...huhuhu
ReplyDeletepengorbanan ibu ayah yg ada anak CP ni (dr cerita2 yang pernah sy baca), mmg hebat dugaan buat mereka. dr situ sy terfikir, andai mereka pergi terlebih dahulu siapa agaknya yg boleh jaga anak2 mereka ni
ReplyDeleteYea..tengah layan cerita ni..best..mula2 start ritu marah kat syazan, x nak ngandung. kalau dalam real life, kenal orang macam syazan ni mmg nak pi ceramah kat dia. 'tau x berapa ramai perempuan yang usaha untuk mengandung?'.huhu. la ni marah kat si Raimie, berlagak & ego tak tentu pasal. hubungan mak & anak tak boleh putus sampai bila-bila. walaupun maknya yang bersalah, dia layak utk dimaafkan. no one is perfect. eh..marah kita tgk citer ni..
ReplyDeleteInfo yang berguna. Terima kasih.
ReplyDeleteetiqa insurance
travel insurance malaysia
etiqa travel insurance