Pergi Tak Kembali


Assalamualaikum..

Pada pagi isnin (10/02/2020) seluruh peminat lawak Malaysia di kejutkan dengan kehilangan pelawak kesayangan ramai iaitu Abam Bocey yang telah menemui PenciptaNYA. Amat ramai yang tidak percaya arwah telah pergi buat selama-lamanya tapi itulah hakikatnya. Sampai masa kita semua akan ke sana juga. Cepat atau lambat hanya DIA saja yang tahu.

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas solat Asar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. aamiin...Al-Fatihah.


Sebenarnya ramai insan-insan seni yang telah pergi untuk selama-lamanya tapi hanya sesetengah sahaja yang kita tahu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

7 comments: