Breaking News

Bila Kotak Komen Kena Spam


Assalamualaikum..

Korang biasa buka blog tengok kat mana dulu? Kalau Cik Nor mula-mula tengok pageview dulu. hehe. Biasalah blog sendu kan. Kalau pageview under 500 memang cari jalan jugaklah nak naikkan pageview tu. Cara Cik Nor mudah jer, blogwalking banyak-banyak InsyaAllah pageview korang akan meningkat. Tak caya buat lah..hihi


Tempat kedua yang Cik Nor tengok ialah kotak komen. Cik Nor suka baca komen-komen korang yang panjang lebar tu. hehe. Korang jangan marah kalau Cik Nor komen pendek-pendek kat blog korang tu. Bukan apa, Cik Nor takut tersilap komen korang pulak yang terasa hati dengan Cik Nor. Baik kena kecam sebab komen pendek dari korang terasa hati dengan Cik Nor.haha

Yang paling Cik Nor tak suka bila orang datang blog Cik Nor spam komen yang tak berfaedah. Adoii..satu kerja pulak Cik Nor nak delete komen-komen macam dalam gambar kat atas tu. Buang masa Cik Nor tau. Apa benda yang dia nak promote pun Cik Nor tak tahu. Buka part komen, ya Allah banyaknya dia spam.

Ini juga : Broken Link

Kita punyalah excited ingat kawan-kawan boom komen tapi sebenarnya bukan. Terus rasa nak maki jer orang yang spam benda-benda yang tak berfaedah macam ni. Korang pernah kena macam Cik Nor ni tak? Kalau ada jom komen kat kotak komen. Korang delete satu-satu ke buat macam mana?Cik Nor delete satu-satu. Dah lah tenet macam siput. Progress nak delete tu ambik masa yang lama. huwaa.

9 comments:

  1. tu la kan, komen spam ni memacam jenis ada -_-

    ReplyDelete
  2. Sebab tu akak x auto publish komen..masalah macam ni la banyak komen spam masuk..kalau private senang nak manage

    ReplyDelete
  3. itulah.. sebab tu juga kita xbuat auto publish komen tu

    ReplyDelete
  4. Komen spam ini pernah juga dapat.. Kalau jadi sekali banyak dia spam..

    ReplyDelete
  5. Abe kie marks those comments as spams with the hope that it would not enter my comment box again.

    ReplyDelete
  6. kdg mls nk lyn lantak laa dia nk spam kt blog org xpemes mcm sy ni😆😆

    ReplyDelete
  7. kita pun dah kena, eiii geram betul. now semua spam komen saya letak kat bahagian spam. komen pula letak awaiting moderation, so kita publish mana yang ok saja.

    ReplyDelete
  8. CikNor tak set supaya boleh tapis dulu eh?

    ReplyDelete
  9. Saya pun pernah kena spam. Sakit hati juga. Google ni dengki agaknya.. hihi

    ReplyDelete