Breaking News

Tempat Dah Menarik Tapi...


Assalamualaikum.. 

Minggu lepas raya penuh acara kenduri kahwin jer. Kalau hari jumaat kenduri kahwin kat kampung. Entry dia kat sini :Bila Cuti Raya + Cuti Sekolah. Penat  tak usah cakap la. 3 kenduri sekali harung. Nasib la rumah kenduri tak jauh mana satu-satu tempat tu. Hari sabtu pula bergegas ke Kota Bharu sebab ada jemputan kenduri kahwin kawan sekolah dulu.

Cik Nor tak pergi seorang diri tapi berteman dengan kawan sekolah jugak yang fly dari KL semata-mata nak hadiri kenduri ini. Seawal pukul 10.30 pagi Cik Nor bertolak dari kampung. Ingat boleh sampai awal tapi jalan jem hampir pukul 12.00 tengahari jugak sampai ke rumah sewa.


Datang KB tak pakai lagi baju kurung sebab ingat sampai awal. Adoii, 10 minit 12.00 tengahari baru sampai. Ingat nak mandi dulu sebab cuaca sekarang ni panas sangat. Bila buka paip, macam tak ada air. Terus batalkan niat untuk mandi, cuma cuci muka dan terus bersiap untuk ambil kawan kat Hotel Perdana. Sampai kat Hotel Perdana lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Tengah tunggu kawan tu, terkejut sebab tengok dia terus bawa beg pakaian bawa masuk kereta. Rupanya dia tukar flight untuk balik lepas kenduri. 

Oleh kerana Cik Nor yang drive maka, kawan tu la yang tukang baca waze. Adoii..senget punya waze tempat yang dekat jauh jauh perjalanan. Kalau tahu memang ikut hati jer, baik tanya orang dari guna waze. Dekat setengah jam jugak la nak jumpa Luxury Garden ni. Ingatkan jauh la, rupanya belakang perumahan Polis Wakaf Mek Zainab jer. Tertipu aku dengan waze. Bazir masa dan petrol jer..huhu


Ni la nak cerita, Luxury Garden ni memang agak menarik jugak la kalau nak buat event macam majlis perkahwinan ni. Apa yang tak best nya bahagian makanan. Cik Nor tak pasti makanan yang dihidangkan untuk under Luxury Garden juga atau under syarikat catering lain. Bukan apa, tempat dah grand tapi makanan biasa-biasa jer. Lauk yang hidangkan agak hambar, ternyata lauk rewang orang kampung lagi sedap dari lauk catering. Maaf cakap hidangan pencuci mulut pun ala-ala jer. Cuma bubur kacang jer yang ada rasa. Yang lain semua out, buat macam melepas batuk ditangga.

Air pula rasanya air sanquick. Cik Nor tak kisah rasanya airnya anis-manis buah tapi tuang lerr sanquick tu lebih sikit. Ni macam air Cik Nor buat kat rumah, air jimat sanquick takut cepat habis..hihi. Bila tempat macam tak perlu lah kedekut sangat sebab orang bayar mahal kot. Yang korang nak fikir untung lebih tu kenapa.huhu


Majlis kemain havoc jugak la sebab ada DJ kenduri kahwin. Tapi part paling spoil bila dia asyik dok ulang-ulang ayat yang sama. Minta perhatian kepada tetamu, harap dapat letak pinggan dan gelas ditempat yang disediakan selepas makan untuk memberi laluan dan keselesaan kepada tetamu yang lain. Adoi..tak perlu kot ulang sampai 3 4 kali ayat tu. Semua orang dah dengar. Rasanya ni buka majlis budak sekolah. Kalau kenduri kat kampungtak perlu bagi arahan macam tu sebab orang kampung memang dah tahu mana nak letak pinggan dan gelas yang telah digunakan. 

Dah guna catering, budak-budak catering tu buat apa tak kutip pinggan dan gelas yang telah digunakan. Bukan ramai pun sekali datang. Kami yang tengah makan pun rasa tak selesa bila DJ tu asyik ulang ayat yang sama. Menyampah pun ada. huhu. Dah nama DJ hafal lerr nama pengantin tu betul-betul. Buat malu jer silap sebut nama pengantin. huhu Kalau tak silap nama DJ tu DJ Non kot. 



Mesti korang mengata Cik Nor kan. Kata lauk tak sedap tapi ambik banyak. Tu belum makan lagi tambah pulak lapar sebab nak turun dari rumah Cik Nor hanya makan roti 2 keping jer. Lauk daging kicap tu tak habis pun. Nasib ada acar tu  sedap sikit makan nasi.

Balik dari kenduri terus bawa kawan Cik Nor ke pasar Siti Khadijah sebab dia teringin sangat sampai situ. Cik nor dah muak dah, hampir tiap-tiap minggu cari makan kat situ. Ronda punya ronda kat tempat batik, sempat dia rembat 2 pasang batik crepe. Hampir pukul 4.00 petang Cik Nor drop dia kat airport sebab flight dia pukul 6.00 petang. Sampai rumah terus Cik Nor pengsan..hehe

12 comments:

  1. Bila katering masak cincai kesian dekat pengantin dan keluarga.. Part DJ tu pun satu hal.. Buat kerja tak bersungguh.. Patutnya nama pengantin dan keluarga tak bolehlah silap..

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak kena ulang lagi kan ayat tu minta perhatian kepada tetamu bla..bla..bla.. tu kan?kita semua dah tahu adab ketika pergi ke majlis orang kan.dah pandai letak pinggan & gelas itu sendiri je.

    ReplyDelete
  3. grand dah majlis..tp tulah,silap.btw ciknor comey lahh ,cermin mata baru ke tu? atau sebab susuk Imaan haa? Suka sgt.. p letak kat IG nuhh..nak komen sana pulak.Ke dah ada ha?

    ReplyDelete
  4. Baik buat kenduri kahwin di balai raya je la. Sewa murah lauk sedap!

    ReplyDelete
  5. memang keciwa la bila pegi kenduri kawin tapi makanan tak sedap...sebab itu yang paling utama setiap kali kita pegi majlis kawin kan :D

    ReplyDelete
  6. Selalunya mcm tu, lauk yg rewang masak lagi sedap dri katering. Huhu..

    ReplyDelete
  7. Adoi. Tak syok kan gitu.
    Selalu gitu la ciknor. Tang pengantin dah okay, tang makan la, DJ la tak okay nya.

    ReplyDelete
  8. Kesian dekat pengantin majlisnya jadi macam tu

    ReplyDelete
  9. Ada satu majlis kahwin kawan yang pernah saya pergi dan akan ingat sampai bila2 sebab makanan dia semua best. Satu lagi saudara bau-bau bacang mak, majlis di Kelantan. Ya Allah sedapnya lauk walaupun buat lauk kampung je. Semua cukup rasa..

    ReplyDelete
  10. aaih depa ni masak main2 keee apa. jangan dok naya kenduri orang bayar mahal2 masak laaa elok2. pernah je pegi kenduri kawan tapi huurm makanan tu hambar. kesian laaa tuan rumah dan pengantin..

    ReplyDelete
  11. tp pelamin dia kurlasss cik nor... hehehe teringat dj kt majlis kawen semalam... dia mls nk pasang lagu suh org berkaraoke...kalu sedap x pe jg hahahah

    ReplyDelete
  12. kesian.. kalau masak gotong royong kat kampung lagi sedap kot.. :)

    ReplyDelete